UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :N Fine Arts
Main Author :Ida Puteri Mahsan
Title :Apresiasi seni visual di kalangan pelajar senireka grafik institusi pengajian tinggi swasta di Kolej Olympia Petaling Jaya: satu kajian kes
Hits :158
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Muzik dan Seni Persembahan
Year of Publication :2008
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :You have no permission to view this item.

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Apresiasi seni merupakan salah satu aktiviti seni yang membolehkan kita menghayati, menilai,  menghargai dan mengiktiraf seni. Seni visual adalah seni yang dihasilkan pada permukaan dua dimensi  termasuklah lukisan, catan, poster, ilustrasi dan sebagainya. Sesebuah karya seni sememangnya akan  dihayati oleh pelukisnya, namun ia juga perlu diamati oleh orang lain iaitu penghayat yang terdiri  daripada golongan masyarakat. Kajian yang dilakukan ini memfokus kepada pelajar-pelajar di  institusi pengajian tinggi swasta dengan melihat sejauh mana mereka mengapresiasi sesebuah karya  seni. Kajian telah dijalankan di Kolej Olympia cawangan Petaling Jaya yang melibatkan pelajar­  pelajar senireka grafik . Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif. Kaedah kualitatif ini  dirasakan  sesuai  kerana  menjawab  persoalan-persoalan  bagaimana,  apakah  dan mengapakah.  Kaedah ini lebih bersifat memahami, menjelaskan dan mendalami nilai­ nilai  kemanusiaan.  Bagi   mendapatkan  maklumat,  teknik  pengumpulan  data  yang digunakan ialah temu bual, soal selidik,  pemerhatian, rakaman audio, rakaman visual dan dokumen. Kajian dilakukan dengan melihat aktiviti  para pelajar di dalam dan di luar kelas dan memahami sejauh mana apresiasi seni mereka apabila  melihat sesebuah karya seni. Aktiviti apresiasi seni ini amat penting di dalam perkembangan seni  kerana ianya mampu menerapkan kesedaran tentang nilai estetika dan keindahan di dalam sesebuah  karya seni. Peranan pengkritik di dalam memberi kefahaman tentang bentuk dan makna di dalam seni  juga amat penting untuk memudahkan masyarakat memahami maksud yang tersirat dan tersurat.  Sememangnya arus kemodenan telah membawa seni seiring dengan kemajuan teknologi. Peranan apresiasi  yang berlaku secara konsisten pada setiap individu di dalam masyarakat membolehkan seni itu tidak  ketinggalan zaman. Selain itu, sesebuah institusi, organisasi seperti galeri dan masyarakat  setempat juga berperanan dalam membantu meningkatkan perkembangan seni di Malaysia.  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.