UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Main Author :Mohd Ra'in Shaari
Title :Perilaku morfo-sintaksis imbuhan meN-kan : analisis data korpus berkomputer
Hits :11
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of Publication :2003
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :You have no permission to view this item.

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian  ini  menghuraikan  perilaku  morfo-sintaksis imbuhan  meN-kan dengan  meneliti  data   korpus  berkomputer.   Perilaku  morfo-sintaksis imbuhan  meN-kan sebagai salah satu penanda kata  kerja transitif (KKT) dapat  diteliti  dengan  jelas  melalui  pendekatan  struktural.  Secara  umumnya; penahu bahasa Melayu telah mendeskripsikan KKT sebagai kata kerja yang wajib diikuti oleh  objek sebagai penyambut. Pendapat ini akan menyebabkan KKT berpenanda meN-kan menghasilkan satu  struktur sahaja iaitu meN-kan + Objek. Bagimanapun, berdasarkan data korpus berkomputer didapati  bahawa KKT berpenanda meN-kan bukan sahaja menghasilkan  struktur  meN-kan  +  Objek,  malah  turut   menghasilkan pelbagai struktur lain seperti meN-kan + KGNT,  meN-kan + KSN + Objek, meN-kan + Kata  Keterangan + Objek dan meN-kan + Objek Sifar. Ini membuktikan bahawa pendeskripsian KKT oleh  penahu  terdahulu agak kurang tepat. Bagi menghuraikan perilaku morfo-sintaksis imbuhan meN-kan   dengan  lebih  menyeluruh,  maka  pendekatan  eklektik  yang menggabungkan beberapa teori dalam  sesuatu analisis bahasa telah diguna pakai.   Teori yang diaplikasikan dalam kajian ini ialah teori  Relevans, teori Transformasi Generatif dan teori Linguistik Kognitif.  Gabungan beberapa teori  tersebut mampu untuk menghasilkan suatu analisis yang lebih berpada dan berwibawa.  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.