UPSI Digital Repository (UDRep)

Faktor-faktor yang mempengaruhi sikap pelajar Tingkatan 1 terhadap pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dengan berbantukan komputer

AVAILABLE Thesis 493 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Faktor-faktor yang mempengaruhi sikap pelajar Tingkatan 1 terhadap pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dengan berbantukan komputer
Type
Thesis
Main Author
Ruzaiha Abd Aziz
Subject
N Fine Arts
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Muzik dan Seni Persembahan
Year of publication
2006
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian kualitatif ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi sikap pelajar Tingkatan I Sains I terhadap pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran  Pendidikan Seni Visual dengan berbantukan komputer di Sekolah Menengah Kebangsaan Nenasi, Pekan,  Pahang tahun 2006. Sikap tidak minat pelajaran dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual ini dilihat melalui hasil  kerja pelajar dan menjejaskan keputusan SPM. Fokus kajian ini adalah  untuk  menarik  minat   pelajar terhadap mata pelajaran  seni  visual  dengan menjalankan pengajaran dan pembelajaran mata  pelajaran Pendidikan Seni Visual dengan berbantukan komputer. Beberapa aspek yang dijangka memberi pengaruh terhadap sikap pelajar akan dikaji iaitu  latar  belakang sosioekonomi pelajar, kesediaan pelajar, fasiliti sekolah, kaedah pengajaran dan  pembelajaran guru dan sikap pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sendiri. Kajian ini bermanfaat untuk menambah pengetahuan serta memberi maklumat baru untuk memperoleh  pertalian baru, verifikasi ilmu pengetahuan untuk pengesahan dan membolehkan guru Pendidikan Seni  Visual memahami dan menjangka sesuatu hasil. Seramai  32 orang pelajar telah menjadi subjek kajian,  di mana penyelidik membina  gambaran  holistik,  menganalisa,  membuat  laporan  terperinci   berdasarkan pemberi maklumat dalam fenomena sebenar.  Dalam kajian ini, temubual, pemerhatian,  rakaman visual, dokumen arkib dan soal selidik adalah alat yang digunakan untuk mengumpul data.  Analisis deskriptif membuktikan bahawa latar belakang sosioekonomi, fasiliti dan kesediaan pelajar adalah faktor utama dalam permasalahan kajian.  

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.