UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :article
Subject :PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
ISSN :1823-6812
Main Author :Mohd Farra Humairah, Nik Muhamad Affendi Nik Rafidah,
Title :Pemikiran kerohanian dalam cerpen kanak-kanak pilihan mutakhir dan kesan positif kepada kanak-kanak
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Year of Publication :2016

Abstract :
Kertas kerja ini membicarakan tentang pemikiran kerohanian yang terdapat dalam cerpen kanak-kanak mutakhir terpilih. Cerpen kanak-kanak masa kini, telah mencetuskan ketidakpuasan hati para Panel Penilai Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) akibat kemerosotan mutu penghasilan cerpen kanak-kanak. Selain itu, ada juga sesetengah individu beranggapan bahawa cerpen kanak-kanak ini ditulis mengikut kaca mata penulis dewasa dan tidak memenuhi konsep sastera kanak-kanak serta psikologi kanak-kanak. Dalam kajian ini kaedah yang digunakan ialah kaedah kualitatif iaitu kaedah analisis teks. Justeru, kajian ini akan mengenal pasti dan menganalisis pemikiran kerohanian yang diungkapkan oleh pengarang dalam setiap karya yang dihasilkan mampu memberi kesan positif kepada kanak-kanak ataupun sebaliknya. Persoalannya adakah kumpulan cerpen kanak-kanak ini tidak memaparkan teladan yang baik kepada khalayak pembacanya dan benarkah pengarang menulis tanpa memasukkan psikologi kanak-kanak dan tidak memenuhi konsep sastera kanak-kanak dalam karya mereka. Setelah diteliti cerpen kanak-kanak mutakhir yang dipilih ini sememangnya mempunyai unsur pemikiran kerohanian yang diterapkan oleh pengarang dalam karya yang dihasilkan untuk menyampaikan kesan positif kepada kanak-kanak, namun konsep sastera kanak-kanak dan psikologi kanak-kanak kurang dititikberatkan. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis unsur kesepaduan pemikiran kerohanian yang digarap oleh pengarang dengan melihat kesan positif yang dipaparkan daripada pemikiran tersebut kepada khalayak pembaca khasnya kanak-kanak. Justeru, kajian ini mengambil satu unsur pemikiran daripada teori tempatan, iaitu Teori Sistem Pemikiran Bersepadu 4K (SPB4K) yang diperkenalkan oleh Mohd Yusof Hasan berteraskan falsafah kesepaduan pemikiran.

References

1. Abdul Karim Zaidan. (2001). Dasar-dasar ilmu dakwah 2. Petaling Jaya: Dewan Pustaka Fajar. 2. Abdul Rahman Mohd Aroff. (1999). Pengurusan Islam dan pembangunan manusia. Selangor: Thinker‟s Library Sdn. Bhd. 3. Ahmad Fadzilah Muhammad. (2013). Wajah pada skrin. Kajang: Aras Mega (M) Sdn. Bhd. 4. Ahmad Shukri & Mat Zin Razali. (2001). Adab & etika kerja dalam organisasi. Sintok: Universiti Utara Malaysia. 5. Asmah Haji Omar. (1986). Bahasa dan alam pemikiran Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 6. Asmawati Suhid. (2012). Gagasan pemikiran falsafah dalam Pendidikan Islam: Hala Tuju dan Cabaran. Journal of Islamic and Arabic Education 4(2), 2012 57-70. Serdang: Universiti Putra Malaysia. 7. Azizi Yahya et.al (2007). Menguasai penyelidikan dalam pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Professional Sdn. Bhd. 8. Encyclopedia of Americana (1993). Danbury, Conn: Grolier Incorporated. 9. Fasya Farida et. al. (2015). Ayahku superhero. Shah Alam: Prima Sdn. Bhd. 10. Hadijah Rahman. (2006). Peranan dan perkembangan sastera kanak-kanak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 11. Harun Din. (2003). Tasawwur Islam. Shah Alam: Penerbitan Hizbi. 12. Ibn Kathir, Abu al-Fida‟ Ismail Ibn Umar. (1999). Tafsir al-Quran al-„Azim. 10 vols. Jizza: Qurtuba. 13. Ismail Hamid. (1987). Perkembangan kesusasteraan Melayu lama. Kuala Lumpur: Longman. 14. Jais Sahok (2008). Penulisan cereka cerpen edisi kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 15. Jalongo, M.R. (2000). Early childhood language arts. (2nd ed.). USA: Allyn & Bacon. 16. Johnson. (1984). Enviroment, ethics and behavior: The psychology of enviromental valuation. New York: Lexington Books. 17. Kamus Dewan (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 18. Karl C. Garrison & C. Garisson Jr. (1975). Psychology of adolescence. New Jerswy: Prentice Hall, Inc. Englewood Cliffs. 19. Laura Marcus and Ankhi Mukherjee. (2014). A concise companion to phschoanalysis literature, and culture. British: Wiley Blackwell. 20. Mahaletchimi A/P Balakrishnan. (2010). Pemikiran bersepadu dalam prosa Melayu tradisional komsas. [Tesis PHD Sastera Melayu]. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris. 21. Ma‟rof Redzuan. (2001). Psikologi sosial. Serdang: Universiti Putra Malaysia. 22. Maslow, Abraham H. (1970). Motivation and personality 2nd edition. New York: Harper & Row Publisher. 23. Md. Sidin Ahmad Ishak. (2005). Perkembangan sastera kanak-kanak di Malaysia: Buku Melayu mencari nafas baru. Shah Alam: Cerdik Publication. 24. Mohamad Mokhtar Hassan. (2007). Kajian bandingan cerpen sebelum merdeka: Malaysia, Indonesia, negara Brunei Darussalam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 25. Mohd Asri Mohammad. (2010). Seminar Sehari Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja 2010. Dewan Pelajar, Disember 2010, hlm. 54-55. 26. Mohd Fauzi Hamat & Mohd Khairul Naim Che Nordin. (2012). Akidah dan pembangunan modal insan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. 27. Mohd Nasir. (2005). Etika profesional. Johor: Universiti Teknologi Malaysia. 28. Mohd Yusof Hasan. (2012). Minda Melayu global. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris. 29. Mohd Yusof Hasan. (2007). Teori pendidikan pemikiran global. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris. 30. Muhammad Al-Ghazali. (1994). Peribadi muslim. Terj. Osman Hj Khalid. Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri. 31. Muhammad Uthman El-Muhammdy. (2003). Agama pembentuk pertembungan peradaban. Kertas kerja di Kongres Peradaban Malaysia. 32. Mustaffa Haji Daud. (1995). Budi bahasa dalam tamadun Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 33. Natasha Effyzal et. al (2013). Kisah si puteri: Kami puteri hebat. Selangor: PTS One Sdn. Bhd. 34. Nodelman, Perry. (1992). The pleasure of children‟s literature 2nd edn. Longman: New York. 35. Nor Aziah Abd. Hamid. (1989). Kritikan buku kanak-kanak. Konvensyen Sastera Kanak-kanak 1989. 26-27 Jun 1989. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 36. Nor Azzah Kamri. (2012). Kepenggunaan dalam Islam: Tinjauan dari sudut etika. Kertas Kerja Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan. Nilai: Universiti Sains Islam Malaysia. 37. Norita Arifin. (2006). Nilai budi masyarakat Melayu dalam pantun. [Tesis: Sarjana] Serdang: Universiti Putra Malaysia. 38. Normaliza Abdul Rahim. (2009). Sastera kanak-kanak dan remaja: Apa kata mereka? Dewan Sastera, Jun 2009, hlm. 76-78. 39. Nur Shamsiah On. (2014). Kerana ais krim & makaron. Kuala Lumpur: Ana Muslim Sdn. Bhd. 40. Othman Puteh. (1993). Penulisan cerpen: Visi dan langgam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 41. Othman Puteh. (2001). Persediaan menulis cerpen. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 42. Othman Puteh. (2010). Cerpen Melayu selepas Perang Dunia Kedua: Satu analisis tentang pemikiran dan struktur. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 43. Paul B. Horton & Chester L. Hunt. (1988). Sociology and the health sciences. Blakiston Division: McGraw-Hill. 44. Rahman Shaari. (2001). Bimbingan istilah sastera. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributots Sdn. Bhd. 45. Richard T. Schaefer. (2003). Sociology. New York: Harcourt, Brace & World. 46. Riduan Mohd Noor. (2005). Rahsia keajaiban & kelebihan sedekah. Sabah: Syukbah Dakwah dan Pendidikan Majlis Negeri Sabah. 47. Rozumah Baharudin & Rahimah Ibrahim. (2008). Keluarga kanak-kanak & remaja. Serdang: Universiti Putra Malaysia. 48. Shahabudin Hashim & Noor Miza Abdul Rahman. (2014). Kaedah pengajaran dan pembelajaran kerohanian kanak-kanak. Selangor: PTS Sdn. Bhd. 49. Sheikh Ghazali Sheikh Abod. (1990). Pengurusan perniagaan Islam: Suatu perbandingan. Shah Alam: Penerbit Hizbi. 50. Siti Nazihah Sarpin. (2009). Mendidik anak-anak supaya taat akan syariah. http://076115aziz.blogsport.my/2009/03/mendidik-anak-anak-supaya-taat-akan-syariah.html diakses pada 20/02/2014. 51. Siti Nur Balqis Syamsul Zaidi. (2014). Kumpulan cerpen: Anak kampung ke Istana Negara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 52. Tajul Ariffin Noordin & Nor‟Aini Dan. (1992). Pendidikan dan wawasan 2020. Kuala Lumpur: Arena Ilmu Sdn. Bhd.


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.