UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
|
Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
Penyelidikan ini telah dijalankan di sekolah menengah terpilih dalam zon utara Semenanjung
Malaysia. Seramai 140 orang responden telah terlibat dalam penyelidikan diskriptif ini. Soal
selidik telah dibina berasaskan 6 elemen pengurusan keselamatan dan sebelas elemen dalam pengurusan
risiko. Tujuan penyelidikan ini ialah untuk mengenal pasti sama ada elemen-elemen pengurusan
keselamatan dan pengurusan risiko diberi perhatian oleh guru dan pengurus sekolah apabila
merancang dan melaksana aktiviti yang melibatkan murid keluar dari sekolah, dan adakah terdapat
perkaitan antara tempoh perkhidmatan guru; kekerapan bertugas menjadi pengiring kepada murid untuk
aktiviti di luar sekolah; dan kekerapan guru mengikuti kursus-kursus profesional dengan elemen
elemen pengurusan keselamatan dan pengurusan risiko. Sebanyak 19 item soal selidik telah dibina
dalam aspek pengurusan keselamatan dan 21 item soal selidik dalam aspek pengurusan risiko.
Kajian ini mendapati lebih daripada 70 % guru dan pengurus sekolah menunjukkan keperihatinan
kepada beberapa elemen keselamatan dan risiko semasa merancang dan melaksana aktiviti untuk murid.
Aspek keselamatan peralatan, taklimat, perhubungan surat menyurat, maklumat berkaitan dengan tempat
aktiviti, perbincangan antara rakan serta menganalisis kemungkinan yang akan berlaku diberi
perhatian. Terdapatjuga aspek-aspek lain yang masih kurang mendapat perhatian seperti keperluan
pendedahan kepada amali pertolongan cemas, mengemas kini rekod kesihatan dan
menyemak kelayakkan profesional guru sebelum diberi tanggungjawab.
Kajian ini juga mendapati tidak terdapatnya korelasi yang signifikan antara
tempoh perkhidmatan guru dengan pengurusan keselamatan dan rekreasi; kekerapan menghadiri kursus
profesional dengan pengurusan keselamatan dan risiko. Terdapat korelasi yang rendah antara
kekerapan bertugas mengiringi pelajar dalam aktiviti di luar sekolah dengan pengurusan keselamatan
(r = 0.17, n=l40, p |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |