UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :N Fine Arts
Main Author :Fairuz Abdul Haleem Shah
Title :Lukisan ekspresi remaja : kajian kes institusi pemulihan asrama puteri Batu Gajah , Perak
Hits :62
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Muzik dan Seni Persembahan
Year of Publication :2006
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :You have no permission to view this item.

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Fokus asas yang mendasari kajian ini adalah berdasarkan kepada dua tunjang permasalahan kajian  iaitu melibatkan golongan remaja. Masalah pertama ialah konflik zaman remaja dan kedua masalah yang  berkaitan dengan kebebasan untuk melukis seperti kanak-kanak kian hilang apabila mereka meningkat  remaja. Oleh itu kajian ini cuba untuk melihat kesinambungan lukisan ekspresi sebagai satu  mekanisme terapeutik diri remaja yang bermasalah. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif  menggunakan teknik kajian kes. Penyelidikan ini di jalankan di Institusi Pemulihan Taman Seri  Puteri, Batu Gajah, Perak kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan  melibatkan seorang peserta  kajian. Tujuan kajian ialah untuk meneroka dan memahami lukisan ekspresi yang dihasilkan oleh  peserta kajian  melalui bentuk, imej dan makna serta proses ekspresi yang dilalui olehnya menerusi  Japan tema lukisan stimulus. Data diperoleh daripada bukti dokumen visual, pemerhatian dan temu  bual . Data di analisis secara deskriptif. Lukisan ekspresi berjaya mengubah persepsi peserta  kajian babawa setiap orang boleh melukis dan  kepandaian melukis bukanlah penentu kunci ekspresi  diri. Setiap individu mempunyai kebolehan untuk berekspresi melalui emosi dan perasaan , dengan  menggunakan bahasa tampak. Selain daripada itu lukisan ekspresi juga memimpin seseorang mengenal  pasti konflik dan langkah mengatasi kecelaruan emosi dan tingkah laku secara langsung menjadi  terapi diri. Kepentingan kajian ini secara langsung memperluaskan pendefinisian pendidikan seni  tidak sahaja dari aspek pendidikan formal di sekolah, kurikulum, pedagogi, kemahiran tetapi sebagai  gabu.ngan bidang, psikologi, sosial, terapi dan perkembangan diri. Selain daripada itu seni  ekspresi dapat dijadi.kan salah satu pendekatan yang neutral dan tidak mengancam egosentrik remaja  dalam membantu remaja membina konsep kendiri yang lebih positif.  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.