UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :N Fine Arts
Main Author :Norhayati Mod Saad
Title :Persekitaran pembelajaran pendidikan seni visual tingkatan 4 dan pengaruhnya terhadap sikap pelajar di sekolah
Hits :66
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Muzik dan Seni Persembahan
Year of Publication :2005
Notes :-
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :You have no permission to view this item.

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Tujuan utama penyelidikan ini adalah untuk melihat sikap pelajar tingkatan 4 dan hubungan dengan persekitaran pembelajaran Pendidikan Seni Visual dan juga hubungan dengan faktor-faktor yang turut mempengaruhinya seperti pengaruh ibu bapa, sosioekonomi, pengaruh guru, rakan sebaya dan juga alat bahan sewaktu pengajaran dan pembelajaran di SMK Tunku Abd. Aziz, Alor Star, Kedah. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk tinjauan yang melibatkan 40 sampel dalam tingkatan 4. Instrumen yang digunakan adalah soal selidik. Penyelidik menggunakan analisis statistik deskriptif bagi menunjukkan gambaran demografi secara frekuensi dan peratusan. Manakala kaedah korelasi melalui statistik inferens bagi menjawab persoalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan ada hubungan antara sikap pelajar dengan persekitaran pembelajaran. Selain itu terdapat hubungan dengan faktor-faktor yang mempengaruhinya seperti pengaruh guru, pengaruh sekolah, rakan sebaya dan juga alat bahan sewaktu pengajaran dan pembelajaran. Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pengaruh sikap dengan jantina, antara faktor-faktor yang mempengaruhi dengan sikap dan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara persekitaran pembelajaran dengan tahap pendidikan ibu bapa, pengaruh rakan sebaya dan juga pengaruh alat. Juga tidak terdapat hubungan yang signifikan antara faktor-faktor yang mempengaruhi dengan jantina pelajar. Implikasi dapatan kajian ini mencadangkan agar pihak sekolah dan guru-guru Pendidikan Seni Visual sentiasa peka dengan keadaan pelajar agar prestasi dapat dipertingkatkan.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.