UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
|
Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
Tujuan kajian ini ialah untuk mengenalpasti stail kepimpinan pentadbir terhadap pelaksanaan Program Pendidikan Luar di sekolah-sekolah menengah Gabungan Keningau, Sabah. Kajian ini juga turut meninjau perbezaan stail kepimpinan pentadbir terhadap pelaksanaan Program Pendidikan Luar berdasarkan kepada ciri-ciri demografi terpilih. Seterusnya kajian ini ingin mengenalpasti sama ada terdapat hubungan yang signifikan di antara stail kepimpinan pentadbir dengan faktor-faktor jurulatih, kewangan, aspek keselamatan dan ketua panitia pendidikan jasmani dan seterusnya menentukan faktor-faktor yang paling mempengaruhi stail kepimpinan pentadbir terhadap pelaksanaan Program Pendidikan Luar di sekolah-sekolah menengah Gabungan Keningau, Sabah. Seramai 115 responden daripada 23 buah sekolah menengah di Gabungan Keningau dijadikan sampel kajian dan mereka diberi satu set soal selidik berstruktur untuk dijawab. Analisis statistik deskriptif, analisis korelasi dan analisis regresi berganda telah digunakan dalam kajian ini. Keputusan kajian menunjukkan bahawa: (1) peratus pentadbir yang mengamalkan stail kepimpinan positif terhadap pelaksanaan Program Pendidikan Luar di sekolah adalah tinggi (95.65%). (2) tidak terdapat perbezaan yang signifikan stail kepimpinan pentadbir terhadap pelaksanaan Program Pendidikan Luar berdasarkan jantina. (3) tidak terdapat perbezaan yang signifikan stail kepimpinan pentadbir terhadap pelaksanaan Program Pendidikan Luar berdasarkan penglibatan. (4) terdapat perbezaan yang signifikan stail kepimpinan pentadbir terhadap pelaksanaan Program Pendidikan Luar berdasarkan fobia (phobia). (5) analisis korelasi menunjukkan bahawa faktor-faktor seperti jurulatih, kewangan, aspek keselamatan dan ketua panitia pendidikan jasmani menunjukkan hubungan positif yang signifikan dengan stail kepimpinan pentadbir terhadap pelaksanaan Program Pendidikan Luar. (6) faktor pengaruh kewangan yang paling mempengaruhi dan diikuti dengan faktor pengaruh ketua panitia. Kajian ini menunjukkan bahawa faktor-faktor jurulatih dan aspek keselamatan tidak signifikan mempengaruhi stail kepimpinan pentadbir terhadap pelaksanaan Program Pendidikan Luar di sekolah. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |