Kesan perlaksanaan ujian lisan bahasa melayu (ULBM) terhadap pelajar tingkatan 4 di daerah Kinta selatan
Type
Thesis
Main Author
Norfaizah Abd Jobar
Subject
PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2010
Notes
-
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun
Abstract
Kajian ini diusahakan untuk mengkaji keberkesanan Ujian Lisan Bahasa Melayu (ULBM) yang dilaksanakan di sekolah menengah. Kajian yang dijalankan ini adalah kajian tinjauan dan dijalankan di dua buah sekolah menengah. Bagi tujuan mendapatkan persampelan, sebanyak 80 orang pelajar tingkatan 4 telah dikenal pasti bagi tujuan tersebut. Sampel-sampel berkenaan terdiri daripada pelbagai kaum. Sampel-sampel tersebut juga mewakili dua kumpulan pelajar yang utama, iaitu potensi dan cemerlang. Soalan-soalan kajian yang diutarakan berhubung demografi sampel sebagai pemboleh ubah. Seterusnya, soalan-soalan kajian meninjau markah dalam Ujian Lisan Bahasa Melayu yang diperoleh buat pertama kali menjalani ujian. Selain itu, soalan kajian juga mencakupi ruang lingkup kefahaman sampel terhadap pelaksanaan ULBM yang dilaksanakan di sekolah. Selain itu, penglibatan pelajar terhadap pelaksanaan program tersebut sama ada di sekolah atau pada masa senggang turut disoal. Bagi meninjau keberkesanan ujian tersebut, impak pelaksanaannya turut diberikan perhatian dan dimuatkan dalam soalan kajian. Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai alat kajian. Perisian SPSS v.16 digunakan bagi usaha-usaha menganalisis dan menginterpretasi data. Pengkaji menggunakan kaedah Ujian Rujuk Silang bagi mengkaji perbezaan dua pemboleh ubah. Bagi data yang mempunyai lebih dua pemboleh ubah, pengkaji menggunakan Ujian Statistik ANOVA Sehala untuk mencari perbezaan min dan Pekali Korelasi Pearson r untuk mencari hubungan antara pemboleh ubah. Kajian ini mendapati bilangan pelajar yang tergolong dalam kumpulan cemerlang dan potensi mencapai gred yang sangat baik dalam ULBM adalah sama. Selain itu, terdapat hubungan yang kuat antara pemahaman terhadap konsep ULBM dengan proses pelaksanaan ULBM yang dijalankan.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.