UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :MT Musical instruction and study
Main Author :Mohd Sallehuddin Shah Zainal Abidin
Title :Gubahan lagu rakyat untuk ensembel rekoder Kurikulum Standart Sekolah Rendah
Hits :131
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Muzik dan Seni Persembahan
Year of Publication :2011
Notes :-
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :You have no permission to view this item.

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Rekoder merupakan alat muzik yang telah diperkenalkan ke sekolah-sekolah sejak pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) melalui mata pelajaran Pendidikan Muzik pada tahun 1983. Perkembangan permainan rekoder ini telah menjadi satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran baru iaitu “Ensembel Rekoder”. Ia membolehkan pelajar membentuk disiplin dalam membuat persembahan dan menikmati muzik ke arah membantu individu yang mempunyai emosi seimbang, kreatif, dan inovatif. Oleh sebab itu, fungsi produk yang paling asas ialah untuk menambahkan lagi koleksi buku latihan bagi Ensembel Rekoder dalam pasaran tempatan untuk kegunaan aktiviti latihan kumpulan Ensembel Rekoder sekolah. Buku gubahan lagu tempatan ini merupakan satu alternatif tambahan kepada buku method book yang sedia ada. Di samping itu, produk ini juga berfungsi sebagai memberi pilihan kepada jurulatih kumpulan Ensembel Rekoder tempatan untuk menggunakan lagu-lagu tempatan sebagai bahan latihan bagi pasukan mereka. Diharapkan dengan menggunakan buku gubahan lagu rakyat ini, kumpulan Ensembel Rekoder tempatan dapat meningkatkan lagi tahap permainan mereka di samping menikmati keindahan muzik berlatarbelakangkan estetika tempatan. Penggunaan buku gubahan lagu ini harus diberi penekanan dalam usaha mendidik pelajar ke arah mencintai warisan bangsa dan seterusnya dapat memberi keberkesanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Usaha murni ini merupakan langkah pertama ke arah memartabatkan lagu-lagu tempatan sebagai bahan utama rujukan dunia muzik tempatan dan lagu-lagu rakyat Malaysia dikenali di seluruh dunia.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.