UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :LC Special aspects of education
Main Author :Siti Fauziah Mydin
Title :Persoalan perpaduan melalui dasar pendidikan: pemahaman pihak pelaksana di peringkat sekolah
Hits :107
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2012
Notes :-
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :You have no permission to view this item.

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Isu perpaduan dalam negara yang mempunyai masyarakat pelbagai etnik penting dalam pembangunan negara. Kajian kes ini membincangkan usaha kerajaan Malaysia yang telah melaksanakan pelbagai dasar membentuk perpaduan dalam kalangan rakyat melalui sistem persekolahan. Kajian ini meneliti unsur perpaduan dalam dasar pendidikan, mengenal pasti pemahaman pentadbir sekolah terhadap unsur-unsur perpaduan dalam dasar pendidikan sedia ada dan mengenal pasti cabaran dalam pembentukan perpaduan melalui pendidikan. Persampelan kajian memfokuskan kepada pemahaman empat orang Guru Besar yang mentadbir Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Teknik temu bual dilakukan bagi mengenal pasti pemahaman mereka terhadap dasar-dasar perpaduan yang telah diperkenalkan oleh kerajaan, khususnya oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam menjadikan pendidikan sebagai wahana penyatuan kaum. Kajian ini turut disokong oleh dokumen-dokumen yang mengandungi dasar berkaitan perpaduan bermula dari Penyata Razak 1956 hingga kepada pengenalan konsep 1Malaysia dan Surat Pekeliling Ikhtisas berkaitan program-program perpaduan di peringkat sekolah yang dikeluarkan oleh Kementerian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa dari tahun 1956 hingga 2010, pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan dalam sistem pendidikan negara bagi memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah. Dari aspek pemahaman, didapati guru besar hanya memahami beberapa perkara asas mengenai polisi perpaduan yang dilaksanakan dan bergantung sepenuhnya kepada garis panduan Surat Pekeliling Ikhtisas. Guru Besar juga menyerahkan tanggung jawab sepenuhnya kepada guru-guru untuk mendedahkan dan memberi kefahaman kepada pelajar mengenai konsep perpaduan. Secara menyeluruh, beberapa masalah dan kekangan berlaku di peringkat pelaksanaan yang melibatkan pihak pentadbir sekolah, pelajar, ibu bapa dan komuniti. Kesimpulannya, pentadbir sekolah perlu memainkan peranan penting dalam pelaksanaan pelbagai dasar kerajaan untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah rendah.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.