UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
|
Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
Pelajar merupakan hasil utama Pusat Pengajian Tinggi (IPT). Bagi memastikan kejayaan universiti, pihak pengurusan universiti harus memastikan semua pelajar mendapat bantuan pendidikan yang sewajarnya dan berjaya bergraduat dengan cemerlang. Salah satu cabaran besar perancangan IPT adalah untuk meramal pencapaian pelajar semasa mereka mendaftar di IPT lagi, misalnya pelajar mana yang berpotensi untuk cemerlang serta pelajar manakah yang perlu dibantu supaya boleh berijazah dengan cemerlang. Berdasarkan situasi yang dinyatakan, kajian ini mengemukakan satu model pohon regresi, iaitu salah satu alat dalam kaedah perlombongan data untuk meramal pencapaian pelajar. Kajian ini menggunakan data profil pelajar yang diperoleh dari pangkalan data Bahagian Akademik UPSI (1997-2008), data tersebut dilombong dengan menggunakan bantuan pakej perisian R Language. Pencapaian pelajar diukur berdasarkan PNGK semasa pelajar bergraduat. Kajian menggunakan pendekatan kuantitatif, keseluruhan populasi kajian digunakan untuk kaedah analisis deskriptif dan permodelan ramalan yang melibatkan pembinaan model pohon regresi. Hasil kajian menunjukkan pohon regresi berkesan dalam memodelkan ramalan pencapaian pelajar semasa bergraduat |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |