UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Megavarnan Jagadesan
Title :Kajian masa depan dalam pembentukan nilai pelajar abad ke-21 melalui novel terpilih M.Varatharasan
Hits :101
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of Publication :2019
Notes :-
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :You have no permission to view this item.

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pemikiran kajian masa depan serta menganalisis kesesuaian pemikiran kajian masa depan dalam realiti abad ke-21 dalam empat buah novel terpilih M. Varatharasan dan menghubungkan kesesuaian pemikiran kajian masa depan dengan pembentukan nilai pelajar abad ke-21. Kaedah kualitatif, iaitu kajian kepustakaan dan analisis teks serta teori futurologi yang dipelopori oleh Ossip Flechtheim digunakan dalam kajian ini. Aliran pemikiran tesis ini tertumpu pada ramalan dan perancangan pemikiran kajian masa depan M. Varatharasan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat sembilan ramalan dan 13 perancangan pemikiran kajian masa depan dalam novel M. Varatharasan. Sembilan ramalan dan 13 perancangan dalam novel terpilih M. Varatharasan adalah sesuai dengan realiti abad ke-21. Selain itu, sembilan pemikiran kajian masa depan dihubungkan dengan pembentukan nilai kemahiran khusus seperti pemahaman konsep masa depan, mengumpul maklumat dan analisis trend, membuat ramalan dan analisis, imaginasi dan kreativiti, membuat strategi mengatasi kebimbangan, proses inovasi sosial, membina senario, penjelasan nilai dan masa depan, serta dimensi kemapanan untuk kajian masa depan pelajar pada abad ke-21. Kesimpulannya, pemikiran kajian masa depan yang dikenalpasti dalam novel M. Varatharasan dapat digunakan dalam pembentukan nilai kemahiran khusus untuk kajian masa depan pelajar abad ke-21. Novel-novel yang dikaji boleh dijadikan teladan, panduan dan refleksi dalam pembelajaran pemikiran kajian masa depan oleh para pendidik, khususnya guru untuk merancang dan menerapkan kemahiran kajian masa depan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Kajian ini juga dapat membantu pelajar mengembangkan kemahiran imaginasi mereka dengan mempelajari pemikiran kajian masa depan yang boleh membantu mempertingkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan inovatif
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.