UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
|
Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tentang tahap keberkesanan latihan dalam perkhidmatan dalam mempertingkatkan kemahiran guru dalam pengajaran di bilik darjah di 10 buah sekolah rendah dan menengah di Bandar Jengka, Pahang. Responden kajian adalah terdiri daripada 53 orang guru dari 5 buah sekolah rendah dan 95 orang dari sekolah menengah yang terpilih di Bandar Jengka, Pahang. Kajian tinjauan ini menggunakan soal selidik dan ujian bertulis tentang tahap keberkesanan latihan dan kursus dalam perkhidmatan. Analisis diskriftif, Ujian Sampel Bebas dan Anova Sehala menggunakan Pakej Statiscal Package for Social Science (SPSS) versi 11.5 digunakan dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan (1) 52.8% keberkesanan latihan dan kursus dalam perkhidmatan adalah tinggi, (2) faktor demografik seperti jantina, umur dan pengalaman mengajar guru memberikan perbezaan yang signifikan, (3) manakala faktor demografik yang lain seperti kumpulan perkhidmatan, jawatan guru dan mata pelajaran diajar tidak memberikan kesan perbezaan yang signifikan terhadap keberkesanan latihan dan kursus dalam perkhidmatan. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |