UPSI Digital Repository (UDRep)

Analisis pengetahuan matematik untuk pengajaran dalam kalangan Guru sekolah rendah

AVAILABLE Thesis 627 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Analisis pengetahuan matematik untuk pengajaran dalam kalangan Guru sekolah rendah
Type
Thesis
Main Author
Palanisamy Kathir Veloo
Subject
QA Mathematics
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains dan Matematik
Year of publication
2020
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian ini bertujuan menganalisis pengetahuan matematik untuk pengajaran dalam kalangan guru sekolah rendah. Kajian kualitatif ini dengan reka bentuk eksploratori digunakan untuk meneroka pengetahuan dan amalan guru matematik berdasarkan Model Pengetahuan Matematik untuk pengajaran yang melibatkan penyelesaian masalah topik pecahan. Kajian ini melibatkan lapan guru matematik sekolah rendah. Instrumen kajian ialah Ujian Kandungan Matematik Guru dan Ujian Matematik Untuk Murid. Pengumpulan data adalah melalui temu bual, pemerhatian pengajaran di bilik darjah dan analisis dokumen. Data dianalisis menggunakan teknik pertemaan berdasarkan enam ciri pengetahuan matematik untuk pengajaran iaitu Pengetahuan Kandungan Umum (CCK), Pengetahuan Kandungan Pelajar (KCS), Pengetahuan Kandungan dan Pengajaran (KCT), Specialized Content Knowledge (SCK), Pengetahuan Kandungan dan Kurikulum (KCC) dan Horizon Content Knoweldge (HCK). Dapatan menunjukkan bahawa guru matematik lebih mengetahui tentang CCK dan KCC dan menggunakan pengetahuan tersebut dalam amalannya berbanding KCS, KCT, SCK dan HCK. Dapatan kajian turut menjelaskan bahawa amalan guru matematik lebih bersifat prosedural disebabkan kefahaman yang cetek tentang struktur dan konsep pecahan. Kesimpulan kajian ialah guru yang mempunyai pengetahuan matematik untuk pengajaran yang cetek akan mengamalkan pengajaran bersifat prosedural. Implikasinya, guru matematik sekolah rendah perlu menguasai pengetahuan pengajaran yang tinggi agar pengajarannya tidak didominasi ciri prosedural.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.