UPSI Digital Repository (UDRep)

Penilaian pengurusan perubahan kurikulum sekolah rendah: satu kajian kes KKSR mata pelajaran sejarah tahun empat

AVAILABLE Thesis 468 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Penilaian pengurusan perubahan kurikulum sekolah rendah: satu kajian kes KKSR mata pelajaran sejarah tahun empat
Type
Thesis
Main Author
Thangamalar Paramisivam
Subject
LB2361 Curriculum
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2020
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menilai pengurusan perubahan kurikulum Sejarah Tahun Empat KSSR di empat buah Sekolah Kebangsaan dan di empat buah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil di daerah Kuala Selangor. Kajian kes instrumental ini menggunakan pendekatan deskriptif-interpretatif Model utama yang digunakan untuk menilai pengurusan perubahan kurikulum adalah model penilaian Countenance oleh Robert Stake yang terdiri daripada tiga domain iaitu kesediaan, transaksi dan hasil. Peserta kajian dipilih berdasarkan pemilihan sampel bertujuan. Peserta kajian terdiri daripada 28 informan iaitu lapan guru Sejarah tahun empat, lapan Guru Besar, lapan Guru Penolong Kanan Kurikulum, seorang jurulatih utama kebangsaan dan seorang pegawai daripada setiap bahagian iaitu Bahagian Pembangunan Kurikulum, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan Pejabat Pendidikan Daerah. Instrumen kajian terdiri daripada protokol temubual semi struktur, borang semak analisis dokumen dan borang semak pemerhatian. Data kualtatif yang dipungut telah dianalisis menggunakan analisis tematik. Berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Sejarah Tahun Empat, didapati jangkaan kesediaan, jangkaan transaksi dan jangkaan hasil telah disusun secara sistematik, logikal dan sedia dilaksanakan. Bedasarkan meta sintesis dapatan daripada tiga kaedah tersebut, terdapat diskrepensi semasa pengurusan perubahan kurikulum dilaksanakan. Dapatan utama berdasarkan temubual menunjukkan kesediaan guru adalah rendah daripada aspek ilmu pedagogi dan isi kandungan, pentaksiran, pengurusan masa, bahan bantu mengajar serta latihan guru. Domain transaksi dan hasil pula menunjukkan proses penyebaran kurikulum Sejarah kurang berkesan dan penerapan nilai patriotisme juga kurang menyerlah. Hasil pemerhatian pula menunjukkan pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara pasif. Manakala analisis dokumen pula menunjukkan isi kandungan kurikulum sejarah adalah terlalu padat. Kesimpulannya, dapatan utama kajian menunjukkan terdapat kelemahan pengurusan perubahan kurikulum yang menyebabkan ketidaksejajaran kurikulum berlaku. lmplikasinya, pendekatan pengurusan projek dan pendekatan pengurusan agen perubahan dicadangkan dalam mengurus perubahan kurikulum secara berkesan bagi mata pelajaran Sejarah Tahun Empat untuk sekolah rendah.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.