UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
|
Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
Era reformasi tahun 1998 sehingga ke tsunami politik tahun 2008 menyaksikan wujudnya kebangkitan luar biasa pengundi muda dalam politik Malaysia. Ledakan penyertaan anak muda dalam politik negara memuncak sejak pemecatan Anwar Ibrahim dari kerajaan dan keadaan ini terus berlanjutan sehingga menghasilkan gelombang tsunami politik pada PRU 2008 yang akhimya telah menangkis kemenangan dua pertiga majoriti BN dalam Parlimen. Oleh itu, kajian ini menyelidiki partisipasi politik pengundi muda di Malaysia dengan memfokuskan analisisnya kepada perubahan pola penglibatan anak muda dalam politik dari era reformasi ke tsunami politik, faktor-faktor yang mempengaruhi penglibatan politik golongan ini dan impak penglibatan mereka ke atas lanskap politik Malaysia. Data primer kajian ini diperolehi dari temu bual bersemuka dengan para informan terpilih juga data-data sekunder. Data-data ini dianalisis secara kualitatif. Hasil kajian ini mendapati pola penglibatan anak muda dalam politik berubah-ubah daripada demonstrasi jalanan ke siber politik, seterusnya ke peti undi. Perubahan dalam pola ini berkait rapat dengan faktor sosioekonomi, struktur politik, media baru dan partisipasi serantau. Partisipasi politik pengundi muda pula berada pada tahap systematically mixed iaitu wujud satu kelompok anak muda yang aktifberpolitik dan berjuang untuk membawa Malaysia ke arah demokrasi (tahap partisipan) dan satu kelompok lain yang mempunyai kesedaran politik tetapi enggan terlibat dalam politik (tahap subjek). Bagaimanapun, penglibatan pengundi mucla dalam politik tidak berjaya menggantikan kerajaan pemerintah, tetapi sekadar mampu mencetuskan tsunami politik. Ini kerana kerajaan berjaya menyekat kemaraan pengundi muda dari dua aspek. Pertama, kerajaan berjaya meredakan tentangan golongan ini dengan memenuhi kehendak mereka seperti menyediakan lebih banyak pelliang pekerjaan, skim perumahan dan biasiswa pendidikan. Kedua, kerajaan mengenakan sekatan undang-undang bagi menyekat kebebasan politik anak muda Malaysia. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |