UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
|
Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau sejauh mana hubungan interpersonal pengetua baru dengan prestasi kerja guru di lapan buah sekolah di daerah Manjung, Perak Darul Ridzuan. Kajian ini akan melihat kekuatan hubungan antara pembolehubah bebas iaitu hubungan interpersonal pengetua dan pekerjaan itu sendiri dengan pembolehubah bersandar iaitu kepuasan kerja guru. Fokus kajian ini ialah kepada kepuasan kerja guru yang boleh memberi kesan langsung kepada prestasi kerja. Batasan kajian ini merangkumi kaitan hubungan interpersonal pengetua baru melalui dua pembolehubah bebas iaitu faktor hygiene dan faktor dorongan dan kepuasan kerja guru. Pembolehubah bebas ialah hubungan interpersonal dan pekerjaan itu sendiri sebagai faktor hygiene. Pembolehubah bersandar pula adalah kepuasan kerja guru. Sampel kajian sebanyak 80 orang terdiri dari pada penolong-penolong kanan, guru-guru kanan dan guru-guru penolong di sekolah yang mempunyai pengetua baru di daerah Manjung, Perak Darul Ridzuan. Sebanyak 10 orang responden yang dipilih berasaskan kaedah rawak berstrata bagi setiap sekolah yang mempunyai pengetua baru. Instrumen kajian yang digunakan adalah satu set soal selidik yang diubahsuai daripada soal selidik oleh Mulford B (1996) dan dianalisis dengan menggunakan Pakej Statistik Untuk Sains Sosial (SPSS) versi 12.0. Statistik deskriptif digunakan untuk menentukan kaedah pekali alpha cronbach, frekuensi, min dan korelasi min bagi kedua-dua pembolehubah. Korelasi Pearson digunakan untuk melihat hubungan antara faktor hygiene dan faktor dorongan dengan kepuasan kerja guru. Keputusan kajian menunjukkan bahawa pembolehubah bebas adalah mempunyai hubungan yang sederhana (0.551) dengan pembolehubah bersandar. Hasil kajian menunjukkan bahawa pengetua baru harus mempunyai hubungan interpersonal yangtinggi untuk memberi kepuasan kerja guru. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |