UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : |
Makalah ini bertujuan mendiskusi strategi dakwah dalam karya autobiografi menerusi strategi Qaulan, iaitu salah satu kaedah retorika berdasarkan Model Sastera Islami An-Nadwi (1989) yang telah dimodifikasi dengan nilai-nilai kemelayuan. Dua karya autobiografi yang dipilih sebagai korpus kajian ialah Perjalananku Sejauh Ini: Sebuah Autobiografi (Shahnon Ahmad) dan Kenang-kenangan Hidup (Hamka). Keseluruhan data korpus melibatkan penganalisian 9,072 ayat, manakala metodologi kajian berasaskan analisis kualitatif. Kajian ini mendapati kedua-dua pengarang mengaplikasi enam strategi Qaulan, iaitu Qaulan Layyina, Qaulan Balighah, Qaulan Maysura, Qaulan Karima, Qaulan Sadida dan Qaulan Ma’rufa. Keenam strategi ini diterapkan menerusi leksis, frasa dan klausa dari awal hingga akhiran bab. Kajian ini membuktikan bahawa karya autobiografi moden yang selama ini lebih makruf sebagai karya individulistik atau bahan kajian sejarah, sebenarnya berpotensi menjadi genre yang efisien dalam menyampaikan mesej dakwah jika diberi inovasi selaras dengan tasawwur islami, selain menekankan ciri estetika dalam gaya kepengarangannya. |
References |
1. Al-Quran al-Karim Tafsir Bil Hadis – Mufassir. (2014). Shah Alam: Karya Bistari-Cordoba Bandung. 2. Hasjmy. (1976). Apa tugas sasterawan sebagai khalifah Allah. Surabaya: PT Bina Ilmu. 3. Al-Isfahani, AI-Raghib. (t.th.) Mu 'jam mufradat al-Fazh al-Quran. Beirut: Dar al- Fikr. 4. Adnani dan Sofyan. (1970). Kesusasteraan Melayu. Pulau Pinang: Sinaran Bros. 5. Ahmad Mubarok. (2000). Jiwa dalam al-Quran. Jakarta: Paramadina. 6. Ariff Mohamed. (2015). Pengungkapan keperibadian secara simbolik dalam dua novel Melayu. Jurnal Pendeta. (Vol 6. 1), 230-243. 7. Nor Raudeh Hj. Siren. (2013). Retorik penulisan dakwah. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. 8. Fazlur Rahman. (1980). Themes of the Quran. Chicago: Bibliotika Islamika. Grolier Academic encyclopedia. (1983). USA: Grolier International. 9. Hamka. (1982). Kenang-kenangan hidup. Kuala Lumpur: Pustaka Antara. 10. Ibnu Manzhur. (1970). Lisan al-Arabi. Beirut: Dar al-Ma‟arif. 11. Jalaluddin Rahmat. (1999). Psikologi komunikasi. Bandung: PT Remaja Rosda Karya. 12. Jalaluddin Rahmat. (1992). Islam aktual. Bandung: Rosda karya. 13. Mafri Amir. (1999). Etika komunikasi massa dalam pandangan Islam. Jakarta: Logos. 14. Mohd Adi Amzar Muhammad Nawawi, et.al. (2015). Sorotan literatur perbandingan gagasan sastera Islami Sayyid Abd al-Raziq dan Mohd Affandi Hassan. International Journal of Islamic Thought. (vol. 8: Disember). 35-51. 15. Nazri Atoh dan Zubir Idris. (2013). Simile sebagai kesantunan berbahasa dalam syair Siti Zubaidah. Jurnal Pendeta. (vol. 4.1), 78-95. 16. Shahnon Ahmad. (2006). Perjalananku sejauh ini. Sebuah autobiografi: Pulau Pinang: Pustaka Shahnon Ahmad. 17. Sayyid Abul Hassan Ali- An-Nadwi. (1989). Sastera dan Islam. Terj. Bandung: Pustaka Mizan. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |