UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
|
Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
Kajian ini merupakan satu kajian di sekolah-sekolah harian di daerah Keningau, Sabah. Data dikumpul melalui soal selidik yang diedarkan kepada 32 orang guru sukan sekolah. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti hubungan antara stail kepimpinan pengetua dengan kepuasan kerja guru sukan. Dapatan data dianalisis menggunakan program 'Statistical Package For Social Science (SPSS). Untuk memperolehi data demografi guru-guru sukan perIu mengisi maklumat tentang umur, jantina dan pengalaman mengajar untuk melihat perbezaan kepuasan kerja guruÂguru sukan. Korelasi Pearson r digunakan untuk melihat perkaitan antara pembolehubah manakala Ujian-t dan analisis varians ANOVA sehala digunakan untuk menentukan perbezaan dalam kepuasan kerja. Aras signifikan .05 digunakan untuk menentukan samada hipotesis diterima dan ditolak. Hasil daripada kajian mendapati bahawa pengetua lebih = mengamalkan stail kepimpinan yang sederhana (min 3.57 dan sisihan = piawai 0.32) dan guru-guru sukan menunjukkan kepuasan kerja mereka = pada tahap yang sederhana melalui perolehan pada min (min 2.92 dan sisihan piawai 0.35). Kajian ini juga mendapati hubungan antara kepuasan kerja guru-guru sukan dan stail kepimpinan wujud satu hubungan yang sederhana kuat (r = 0.49). Daripada analisis data didapati Hipotesis 1 diterima kerana tidak terdapat hubungan yang signifikan antara stail kepimpinan dengan kepuasan kerja guru-guru sukan begitu juga dengan Hipotesis 2 dan 4 diterima kerana tidak terdapat perbezaan kepuasan kerja guru-guru sukan mengikut umur dan jantina manakala bagi Hipotesis 3 ditolak kerana terdapat perbezaan kepuasan kerja guru-guru sukan dengan pengalaman. Kajian ini mendapati pengetua telah mempamerkan stail kepimpinan yang memberi kesan kepada kepuasan kerja guru-guru sukan. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara stail kepimpinan dengan kepuasan kerja guru-guru sukan daerah Keningau. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |