UPSI Digital Repository (UDRep)

Kesukaran mencapai note bernada tinggi bagi alat muzik brass : faktor penyebab dan langkah-langkah mengatasinya

AVAILABLE Thesis 283 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information
Title
Kesukaran mencapai note bernada tinggi bagi alat muzik brass : faktor penyebab dan langkah-langkah mengatasinya
Type
Thesis
Main Author
Shahidan Haron
Subject
MT Musical instruction and study
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Muzik dan Seni Persembahan
Year of publication
2009
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kemahiran amali merupakan antara faktor yang memainkan peranan penting dalam menentukan    kecemerlangan sesebuah ensemble muzik.Walaubagaimanapun bagi mencapai hasrat ini,  terdapat pelbagai cabaran dan rintangan yang perlu dilalui sebelum mencapai objektif yang   disasarkan.Berdasarkan fenomena yang telah dinyatakan ia telah dijadikan persoalan utama dalam  kajian ini.Kertas laporan projek yang dibentangkan akan cuba menyingkap dua persoalan  iaitu punca dan pendekatan yang mempunyai perkaitan dengan proses penghasilan note-note muzik  daripada  peralatan brass. Persoalan  ini dijadikan kajian kes kualitatif kerana ia memerlukan  kefahaman yang mendalam terhadap isu-isu yang  akan dibangkitkan. Metodologi yang digunakan  penyelidikan adalah kualitatif yang melibatkan pendekatan  temubual, pemerhatian dan   analisis dokumen. Terdapat empat orang responden yang dipilih dengan mengambil kira perbezaan umur dan pengalaman mereka dalam bidang muzik, manakala pemerhatian dilakukan   melalui nota lapangan dan pemerhatian  terus ke lokasi sempel kajian. Jangkamasa kajian lebih  kurang enam bulan iaitu bermula dari bulan November 2008 sehingga April 2009. Bersandarkan kepada  persoalan yang dikaji, penyelidik telah dapat mengenal pasti faktor- faktor yang menjadi sebab  kepada tercetusnya  permasalahan ini seterusnya mencari jalan peleraian melalui pendekatan yang  dibentuk menerusi tema-tema persoalan. Kertas laporan projek ini juga membincangkan tentang rumusan  dan cadangan supaya dapat menjelaskan lagi persoalan kajian ini secara terperinci. Kelunjuran  daripada kajian ini, adalah untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada pihak-pihak yang   berkaitan, sekiranya berhadapan dengan  permasalahan yang sama. Sekiranya fenomena ini tidak   ditangani  secara  rasional  akan  memberi  impak  yang  negatif  terhadap perkembangan dan  kejayaan sesebuah ensemble muzik.  

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.