UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
|
Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
Kemahiran amali merupakan antara faktor yang memainkan peranan penting dalam menentukan
kecemerlangan sesebuah ensemble muzik.Walaubagaimanapun bagi mencapai hasrat ini,
terdapat pelbagai cabaran dan rintangan yang perlu dilalui sebelum mencapai objektif yang
disasarkan.Berdasarkan fenomena yang telah dinyatakan ia telah dijadikan persoalan utama dalam
kajian ini.Kertas laporan projek yang dibentangkan akan cuba menyingkap dua persoalan
iaitu punca dan pendekatan yang mempunyai perkaitan dengan proses penghasilan note-note muzik
daripada peralatan brass. Persoalan ini dijadikan kajian kes kualitatif kerana ia memerlukan
kefahaman yang mendalam terhadap isu-isu yang akan dibangkitkan. Metodologi yang digunakan
penyelidikan adalah kualitatif yang melibatkan pendekatan temubual, pemerhatian dan
analisis dokumen. Terdapat empat orang responden yang dipilih dengan mengambil kira
perbezaan umur dan pengalaman mereka dalam bidang muzik, manakala pemerhatian dilakukan
melalui nota lapangan dan pemerhatian terus ke lokasi sempel kajian. Jangkamasa kajian lebih
kurang enam bulan iaitu bermula dari bulan November 2008 sehingga April 2009. Bersandarkan kepada
persoalan yang dikaji, penyelidik telah dapat mengenal pasti faktor- faktor yang menjadi sebab
kepada tercetusnya permasalahan ini seterusnya mencari jalan peleraian melalui pendekatan yang
dibentuk menerusi tema-tema persoalan. Kertas laporan projek ini juga membincangkan tentang rumusan
dan cadangan supaya dapat menjelaskan lagi persoalan kajian ini secara terperinci. Kelunjuran
daripada kajian ini, adalah untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada pihak-pihak yang
berkaitan, sekiranya berhadapan dengan permasalahan yang sama. Sekiranya fenomena ini tidak
ditangani secara rasional akan memberi impak yang negatif terhadap perkembangan dan
kejayaan sesebuah ensemble muzik.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |