UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor penyumbang pemilihan kerjaya kejururawatan dalam kalangan jururawat pelatih. Seramai 42 orang responden dalam kalangan jururawat pelatih tahun tiga terlibat dalam kajian ini. Kaedah Pedagogi Hermeneutik sebagai metodologi kualitatif dan interpretif digunakan untuk menginterpretasikan data responden dalam mengenal pasti faktor-faktor penyumbang dalam pemilihan kerjaya kejururawatan. Hasil kajian menunjukkan bahawa faktor kerja, gaji, minat dan sokongan daripada ibu bapa merupakan faktor penyumbang utama dalam pemilihan kerjaya kejururawatan. Hasil kajian juga turut menyatakan faktor-faktor yang menyebabkan gred pencapaian jururawat pelatih di bawah PNGK 3.0. Jururawat pelatih dalam kajian ini tidak memberikan tumpuan semasa sesi kuliah berlangsung, belajar pada saat-saat akhir menjelang peperiksaan, tidak membuat ulangkaji dan akhirnya mereka terpengaruh dengan kesan negatif oleh kawan. Antara cadangan untuk membaiki gred pencapaian jururawat pelatih ialah tempoh penempatan latihan amali mereka dipendekkan terutama di wad-wad yang sibuk menjelang peperiksaan mereka dan tenaga pengajar jururawat pelatih disaran melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang menarik minat mereka. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |