UPSI Digital Repository (UDRep)

Pemilihan kerjaya kejururawatan dalam kalangan jururawat pelatih

AVAILABLE Thesis 2534 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Pemilihan kerjaya kejururawatan dalam kalangan jururawat pelatih
Type
Thesis
Main Author
Norhayati Nasir
Subject
RT Nursing
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2014
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor penyumbang pemilihan kerjaya kejururawatan dalam kalangan jururawat pelatih. Seramai 42 orang responden dalam kalangan jururawat pelatih tahun tiga terlibat dalam kajian ini. Kaedah Pedagogi Hermeneutik sebagai metodologi kualitatif dan interpretif digunakan untuk menginterpretasikan data responden dalam mengenal pasti faktor-faktor penyumbang dalam pemilihan kerjaya kejururawatan. Hasil kajian menunjukkan bahawa faktor kerja, gaji, minat dan sokongan daripada ibu bapa merupakan faktor penyumbang utama dalam pemilihan kerjaya kejururawatan. Hasil kajian juga turut menyatakan faktor-faktor yang menyebabkan gred pencapaian jururawat pelatih di bawah PNGK 3.0. Jururawat pelatih dalam kajian ini tidak memberikan tumpuan semasa sesi kuliah berlangsung, belajar pada saat-saat akhir menjelang peperiksaan, tidak membuat ulangkaji dan akhirnya mereka terpengaruh dengan kesan negatif oleh kawan. Antara cadangan untuk membaiki gred pencapaian jururawat pelatih ialah tempoh penempatan latihan amali mereka dipendekkan terutama di wad-wad yang sibuk menjelang peperiksaan mereka dan tenaga pengajar jururawat pelatih disaran melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang menarik minat mereka.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.