UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
|
Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
Kajian ini dibuat adalah untuk mengenalpasti perkaitan di antara gaya kepimpinan pengetua dengan kepuasan kerja guru di sekolah-sekolah menengah dalam daerah Tumpat, Kelantan. Kajian juga cuba melihat perkaitan di antara kepuasan kerja guru dengan faktor jantina, umur, kelayakan akademik, kategori perkhidmatan dan pengalaman mengajar. Matlamat kajian ini ialah supaya kepuasan kerja guru-guru dapatdipertingkatkan melalui gaya kepimpinan pengetua yang berkesan. Kajian dijalankan secara kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan melalui jawapan dalam borang soal selidik. Soal selidik ini menggunakan instrument "Leadership Behaviour Description Questionaire" (LBDQ) bagi mengukur gaya kepimpinan pengetua. Data yang diperolehi di analisis menggunakan program "Statistical Package for the Social Sciences" versi 13.0 (SPSSversi 13.0).Analisis kajian menggunakan statistik deskriptif bagi penafsiran data dengan menunjukkan jadual min dan kekerapan peratusan. Hipotesis kajian dianalisis melalui analisis korelasi pearson, ujian t menggunakan aras signifikan p |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |