UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
|
Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menentukan hubungan di antara penilaian prestasi dengan kepuasan kerja serta penilaian prestasi dengan langkah penilaian prestasi di kalangan guru. Kajian ini juga bertujuan untuk melihat faktor-faktor lain yang boleh mempengaruhi pandangan guru terhadap penilaian prestasi dan kepuasan kerja. Subjek kajian terdiri dari 125 orang guru sekolah menengah di Daerah Batang Padang, Perak. Data dikutip menerusi borang soal selidik yang diedarkan kepada responden yang terdiri dari guru sepenuh masa di sekolah-sekolah terpilih. Alat statistik yang digunakan adalah min, ferkuansi, ujian t dan korelasi Pearson. Pemilihan alat-alat statistik tersebut adalah bersesuaian dengan objektifkajian yang dikaji. Hasil = kajian mendapati terdapat hubungan yang signifikan (p 0.000) di antara pandangan terhadap penilaian prestasi dengan kepuasan kerja, pandangan terhadap penilaian prestasi dengan langkah penilaian prestasi dan pandangan terhadap penilaian pestasi dengan corak pentadbiran. Selain dari itu hasil kajianjuga menunjukkan tidak terdapat perbezaan pendapat guru terhadap penilaian prestasi dan kepuasan kerja mengikut jantina serta tahap akademik. Bagi guru, kepuasan kerja dipengaruhi oleh kerja itu sendiri, hubungan dengan rakan setugas, peluang kenaikan pangkat, persekitaran kerja dan gaya pentadbiran berorientasikan pekerja. Cadangan untuk meningkatkan keberkesanan penilaian prestasijuga turut dibincangkan dalam kertas ini. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |