UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
|
Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
Sekolah berkesan menjadi matlamat semua organisasi sekolah. Namun begitu,bukan semua sekolah berjaya mencapai matlamat tersebut. Oleh hal yang demikian, kajian perlu dilakukan untuk melihat sejauh mana sekolah mencapai tahap keberkesanan yang diharapkan. Kajian ini merupakan satu bentuk tinjauan mengenai pengamalan elemenelemen sekolah berkesan berdasarkan Model Proses dan Model Organisasi Pembelajaran yang disarankan oleh Yin Cheong Cheng (1996).Elemen-elemen yang terlibat ialah Perkongsian Visi dan Matlamat, Kepimpinan Organisasi, Kepimpinan Pengajaran, Komunikasi, Pembangunan Staf, Jangkaan Tinggi, Persekitaran Pembelajaran serta Pemantauan dan Penilaian. Sampel kajian terdiri daripada 17 buah sekolah di daerah Batang Padang. Responden kajian ini terdiri daripada 147 guru-guru yang dipilih secara rawak daripada 17 sekolah terbabit. Hasil kajian mendapati, secara umurnnya tahap pengamalan elemen-elemen tersebut berada pada tahap tinggi. Hasil kajianjuga mendapati terdapat perbezaan pengamalan elemen antara sekolah menengah bandar dan sekolah menengah luar bandar kecuali bagi elemen Perkongsian Visi dan Matlamat serta elemen Pemantauan dan Penilaian. Perbandingan antara jantina pengetua juga menunjukkan terdapat perbezaan dari aspek pengamalan elemen kecuali elemen Perkongsian Visi dan Matlamat. Ujian korelasi pula mendapati setiap elemen adalah saling berhubungan dalam skala sederhana hingga tinggi menurut skala kolerasi Guildford (1956). |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |