UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Main Author :Salinah Abdul Kadir
Title :Kajian kesantunan berbahasa dalam kalangan remaja kini
Hits :130
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of Publication :2008
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :You have no permission to view this item.

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kesantunan berbahasa merupakan satu aspek yang utama dalam kehidupan masyarakat Melayu. lnteraksi kornunikasi yang baik dengan menggunakan bahasa yang santun mencerminkan keperibadian penutur. Jika bahasanya halus. santun dan sopan, halus dan mulialah keperibadian orang itu.Setiap individu dalam masyarakat mesti tahu dan mengamalkan kesantunan berbahasaini tidakkiradalamsituasi fo1111al atautidak formal. Pemupukan, penghayatan dan penggunaan bahasa yang sopan dalam masyarakat hendaklah sentiasa ditekankan kerana amalan ini melambangkan budaya tinggi. Dalam kepesatan negara mencapai pemodenan material seperti kehebatan bangunan-bangunan pencakar langit, bangunan-bangunan kerajaan, kemodenan pusat membeli-belah dan sistem lingkaran lebuh raya yang setanding dengan negara-negara maju, masyarakat semakin alpa dengan nilai budi bahasa dan sopan santun. Masyarakat negara ini menjadi tidak yakin dengan kemampuan bahasa sendiri iaitu bahasa Melayu dan nilai-nilai yang terdapat di dalam bahasa Melayu. Mereka semakin mengabaikan penanda-penanda santun di dalam bahasa Melayu semasa bertutur malah golongan rernaja turut menjadi mangsa keadaan kerana golongan dewasa tidak memberi penekanan terhadap penggunaan bahasa yang santun kepada mereka. Masyarakat harus sedar bahawa yang menjadi tonggak kemajuan bangsa adalah bahasa. Tanpa bahasa kita tidak mungkin dapat mencapai kemajuan seperti yang kita nikmati sekarang, Ketinggian sesuatu bangsa diukur melalui ketinggian bahasa yang digunakan justeru pendidikan. Kesantunan berbahasa terhadap golongan rernaja perlu diberi perhatian oleh masyarakat kerana golongan ini adalah pelapis kepada barisan kepernimpinan yang wujud sekarang dan pewaris cendckiawan-cendekiawan negara yang akan menjadi tunjang perkembangan tamadun bangsa. Sehubungan dengan itu, kajian yang dilaksanakan meneliti aspek kesantunan berbahasa yang diamalkan dalam kalangan remaja kini yang merangkumi persoalan-persoalan seperti bcntuk-bentuk kesantunan berbahasa yang diamalkan oleh remaja, adakah remaja mempunyai subbudaya sendiri dalam mengamalkan santun bahasa dan bentuk-bentuk santun bahasa yang baik diamalkan serta kaedah yang berkesan bagi menyerapkan santun bahasa dalam pengajaran bahasa Melayu. Pengkaji telah mendapatkan data yang diperoleh dengan mengadakan ujian penulisan dialog ringkas oleh pelajar. Dalam masa yang sama pengkaji juga memperoleh data melalui pemerhatian terhadap komunikasi pelajar untuk mernbuat satu generalisasi terhadap amalan kesantunan berbahasa remaja. Berdasarkan data-data tersebut pengkaji telah membincangkan secara terperinci terhadap dapatan kajian yang menggambarkan amalan kesantunan berbahasa remaja Melayu. Pengkaji juga mencadangkan santun bahasa yang sepatutnya diamalkan oleh remaja dan seterusnya mencadangkan kaedah-kaedah yang sesuai digunakan dalam pengajaran kesantunan berbahasa kepada pelajar. Oleh itu. cadangan yang, diberikan adalah agar kajian lanjutan berkaitan dengan kesantunan berbahasa lebih menyeluruh perlu dilaksanakan.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.