UPSI Digital Repository (UDRep)

Catan realis Brunei Darussalam: kajian kes tentang pelukis-pelukis belajar kendiri

AVAILABLE Thesis 452 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Catan realis Brunei Darussalam: kajian kes tentang pelukis-pelukis belajar kendiri
Type
Thesis
Main Author
Mohamad Hasrol Bagol
Subject
N Fine Arts
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Year of publication
2010
Notes
-
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian ini mengenai penjelasan proses pembelajaran pelukis-pelukis belajar kendiri  terhadap penghasilan catan Realis. Masalah kajian ini  fokus kepada percanggahan  kaedah belajar yang diamalkan oleh pelukis-pelukis belajar kendiri dalam  menghasilkan catan Realis yang baik. Teori Experiental Learning dan teori  pembelajaran Konstruktivisme menjadi panduan dalam menghuraikan masalah kajian.  Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif. Rekabentuk kajian yang digunakan  adalah kajian kes kolektif. Tiga pelukis diambil sebagai peserta kajian. Pemilihan  peserta kajian adalah berdasarkan convenience sampling. Kaedah pengumpulan data  dalam kajian ini menggunakan temubual tidak berstruktur, dokunetasi data dan  rakaman visual. Data yang dikumpulkan ialah proses belajar kendiri, pemilihan catan  Realis dalam amalan belajar kendiri dan gaya catan Realis yang dihasilkan. Hasil  kajian mendapati bahawa proses pembelajaran kendiri berlaku setelah para peserta  mempunyai pengalaman asas melukis sebelum melukis catan Realis. Pengalaman asas  merangkumi pengetahuan mengenai still-life painting, observation studies dan lukisan  figura. Pengalaman peserta dikembangkan lagi dengan penglibatan aktif dalam aktiviti  pembelajaran seperti mengikuti bengkel dan pertandingan, melawat kawasan untuk  melukis, merujuk gaya-gaya pelukis lain dan dan pembacaan buku. Proses inkuiri  berlaku semasa mengikuti aktiviti pembelajaran. Para peserta dapat membentuk  konsep belajar apabila dapat mengenalpasti kesesuaian tema catan, arah cahaya,  bentuk dan ruang dalam menghasilkan catan Realis. Konsep ini dipraktikkan untuk  mendapat pengetahuan baru. Hasil daripada pembelajaran tersebut ialah peserta boleh  menghasilkan catan Realis dan memanipulasi alat dan bahan dengan pelbagai teknik  melukis catan Realis. Para peserta memilih catan Realis kerana boleh berkongsi ilmu  dengan pelukis-pelukis berpengalaman, meneroka warna-warna gambar untuk  diaplikasi semula ke atas kanvas dan kepekaan terhadap keindahan kampung dan  hutan. Gaya catan Realis bagi para peserta dikenalpasti dengan tema lanskap dan  potret yang menggambarkan ketepatan komposisi subjek melalui perincian warna,  ruang, bentuk dan jalinan. Pengkaji mencadangkan agar pembelajaran kendiri dapat  dilaksanakan dalam situasi pembelajaran formal terutama pengajian maktab dan  universiti mengikut rangka-rangka tertentu. Selain daripada itu, bengkel-bengkel dan   pertandingan seni lukis perlu ditambah untuk membuka peluang kepada masyarakat  yang ingin belajar sendiri untuk melukis catan Realis.   

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.