UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Norhidayah Mamat Noor
Title :Keprihatinan, pelaksanaan dan persepsi guru sains dalam pentaksiran berasaskan sekolah di beberapa buah sekolah menengah
Hits :64
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains dan Matematik
Year of Publication :2011
Notes :-
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :You have no permission to view this item.

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan pentaksiran berterusan ke atas pelajar dalam menentukan perkembangan dan prestasi pelajar sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti tahap keprihatinan, aspek pelaksanaan, dan persepsi guru-guru sains terhadap PBS. Kajian kaedah campuran melibatkan tinjauan dan temubual telah dilakukan terhadap 210 responden di empat buah negeri, dengan 206 orang untuk tinjauan dan 4 orang untuk temubual. Data tinjauan dianalisis menggunakan analisis deskriptif dan inferens, manakala data temubual ditranskrip dan dikodkan mengikut tema kepentingan, cabaran, dan cadangan dalam PBS.Hasil dapatan menunjukkan bahawa guru lebih prihatin terhadap kesan PBS (skor min = 4.09) berbanding perkembangan PBS (3.92), aspek dalam PBS (3.91), pengurusan (3.84), dan penilaian PBS (3.34). Kajian juga mendapati bahawa tugasan PBS kerap diberikan semasa pembelajaran (40.7%) dan pada pertengahan penggal persekolahan (36.5%). Aspek pembelajaran juga kerap diukur oleh guru dengan peratusan 49.4%. Kajian juga menunjukkan bahawa guru bersetuju dengan pelaksanaan PBS. Mereka berpendapat penilaian secara berterusan sepanjang proses P&P adalah baik untuk pelajar dan guru (skor min = 4.10). Guru-guru juga menunjukkan kompetensi dalam tugas-tugas pentaksiran iaitu bagus dalam komunikasi dengan pelajar (skor min = 3.89), menilai hasil kerja (3.66), dan menilai kelemahan dan kekuatan pelajar (3.56).Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap keprihatinan, aspek pelaksanaan, dan persepsi guru sains berdasarkan faktor demografik kecuali kompetensi guru dengan pengalaman mengajar yang menunjukkan kesignifikanan (t(204) = -2.447, p < .05). Di samping itu, hasil dapatan kajian juga mendapati bahawa cabaran utama yang dihadapi guru dalam PBS adalah dari segi pelaksanaan PBS (kekurangan masa, bebanan tugasan, dan sikap pelajar).Bagi cadangan penambahbaikan PBS, guru mencadangkan PBS dinilai dan dikaji semula, mengubah format penilaian, meningkatkan markah pentaksiran antara 20-40%, dan mengurangkan bilangan pelajar dalam kelas. Keseluruhannya, 66% responden bersetuju dengan pelaksanaan PBS di sekolah
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.