UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
|
Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
Penulisan tesis ini berkaitan dengan penggunaan teknik vokal dalam nyanyian lagu Melayu Asli. Subjek kajian dipilih secara bertujuan, terdiri daripada para pensyarah, pelajar, serta penggiat seni muzik tradisional Melayu. Reka bentuk kajian kualitatif yang melibatkan instrumen temu bual, pemerhatian, dan analisis dokumen digunakan dalam pengumpulan data. Proses pencarian data telah dijalankan selama lima bulan bermula pada bulan April hingga Ogos 2010. Dapatan data telah dianalisis menggunakan pendekatan Fenomenologi.Objektif kajian ini adalah untuk meneroka penggunaan teknik vokal dalam nyanyian lagu Melayu Asli yang melibatkan pernafasan, fonasi, resonansi, dan artikulasi. Selain itu, kajian ini menghuraikan ciri-ciri stail nyanyian serta meneroka bentuk-bentuk latihan vokal yang boleh digunakan dalam nyanyian lagu tradisional Melayu Asli.Dapatan kajian menunjukkan bahawa teknik vokal yang diamalkan dalam nyanyian lagu Melayu Asli turut merupakan adaptasi terhadap penggunaan teknik vokal yang sedia ada, tetapi menjurus kepada stail lagu Melayu Asli yang dinyanyikan. Stail nyanyian lagu Melayu Asli menuntut gaya latihan vokal yang berbeza mengikut genre lagu tersebut. Walaupun fokus kajian adalah terhadap teknik vokal dalam stail lagu Melayu Asli, hasil kajian ini tetap dapat dipraktikkan terhadap lagu tradisional Melayu berlainan rentak seperti inang, zapin, joget, masri, dan yang berkaitan dengannya.Melalui kajian ini, bahan dan informasi berkaitan teknik vokal dapat diperkaya sebagai rujukan kepada pelajar, tenaga pengajar, penyanyi, mahupun generasi akan datang yang berminat untuk mendalami dan memahami aplikasi teknik vokal dalam genre lagu tradisional Melayu |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |