UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :MT Musical instruction and study
Main Author :Martha Tom
Title :Penggunaan kibod dalam membantu masalah lemah bacaan semerta di kalangan pelajar muzik Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan, Kangar Perlis
Hits :33
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Muzik dan Seni Persembahan
Year of Publication :2011
Notes :-
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :You have no permission to view this item.

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian tindakan ini dijalankan bagi meninjau penggunaan kibod dalam membantu masalah lemah bacaan semerta di kalangan pelajar muzik Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan, Kangar, Perlis. Masalah ini wujud kerana pelajar cenderung untuk menghafal bunyi atau pic pada melodi dan bermain muzik secara ‘by heart’ sahaja. Pelajar-pelajar yang terlibat dalam kajian ini ialah seramai 15 orang pelajar. Dalam kajian ini, data dikumpul melalui beberapa cara seperti soal selidik, temu bual, pra-ujian dan membuat pemerhatian dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik yang telah dirancang di dalam Rancangan Mengajar Harian. Rancangan Mengajar Harian tersebut telah dilaksanakan selama 12 sesi pengajaran. Sepanjang proses pengajaran, beberapa latihan pengukuhan teori muzik dan juga latihan amali yang berfokus kepada aspek nilai not, corak irama, detik dan tempo telah disediakan dan dilaksanakan semasa pengajaran di dalam bilik darjah. Hasil kajian mendapati, setelah menjalankan aktiviti muzik menggunakan kibod, pelajar-pelajar menunjukkan peningkatan dalam kemahiran bacaan semerta. Diharap penggunaan kibod dapat digunakan oleh guru-guru muzik lain bagi mengatasi masalah lemah bacaan semerta di kalangan pelajar muzik.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.