UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
|
Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis potret keluarga Kapitan Cina dengan menerapkan literasi visual dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif berbentuk kajian kes. Kaedah yang digunakan dalam mengumpul data ialah temu bual dan analisis artifak. Dalam kajian ini, foto potret keluarga Kapitan Cina yang terdiri daripada tujuh keping dianalisis dengan menggunakan pendekatan intraestetik dan ekstraestetik untuk mengenal pasti makna tersurat dan tersirat yang terdapat di dalam potret-potret tersebut. Kajian ini didukung oleh dua teori, iaitu Teori Ikonografi oleh Panofsky dan Teori Apresiasi oleh Feldman. Di samping itu, tiga orang responden yang terdiri daripada pelbagai latar belakang telah ditemubual untuk mengenal pasti serta memahami mengenai potret-potret tersebut. Dapatan kajian memperlihatkan Kapitan Cina mempunyai reputasi dan imej tersendiri dari segi kebudayaan, nilai-nilai dan sosio-ekonomi. Pakaian serta aksesori yang dipakai adalah unik dan eksklusif. Tempat potret tersebut juga memperlihatkan suasana yang mencerminkan amalan dan gaya hidup yang berbeza dengan masyarakat yang lain |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |