Modul Asas Permainan Tabla India dalam Pendidikan Muzik
Type
Thesis
Main Author
Ariputhiran Narayanan
Subject
MT Musical instruction and study
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Muzik dan Seni Persembahan
Year of publication
2011
Notes
-
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun
Abstract
Laporan projek pembangunan ‘Modul Asas Permainan Tabla’ ini disediakan untuk memenuhi keperluan kursus SPM 6006 dalam Program Sarjana Pendidikan Muzik, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Penghasilan produk ini adalah bertujuan untuk membantu dan menyediakan pilihan bahan pengajaran kepada sekolah-sekolah yang sedang melaksanakan Kurikulum Pendidikan Muzik KBSM. Produk ini disediakan khusus untuk guru-guru muzik dan pelajar-pelajar di IPGM dan IPTA yang ingin mempelbagaikan bahan pengajaran elemen ritma dan tidak hanya bergantung kepada alat-alat moden yang dibekalkan sahaja. Dalam pada itu, penghasilan produk ini akan dapat menyumbang kepada pengekalan warisan budaya. Produk ini dibangunkan dengan berpandukan struktur buku Gaya Dewan. Untuk tujuan penilaian produk yang dihasilkan, temu bual telah dijalankan dengan 3 orang guru muzik yang masing-masing mempunyai pengalaman mengajar melebihi 10 tahun. Dapatan daripada temu bual menunjukkan bahawa semua responden bersependapat dan bersetuju dengan semua aspek dalam produk yang telah dibangunkan. Namun begitu, masih juga terdapat sedikit kelemahan dalam penghasilannya. Walau bagaimanapun, cadangan untuk penambahbaikan bagi mengatasi kelemahan tersebut turut dibincangkan dalam bahagian akhir penulisan ini
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.