UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :NB Sculpture
Main Author :Razali Sulong
Title :Strategi pengajaran dan pembelajaran seni arca sekolah menengah atas daerah Seratok, Sarawak
Hits :90
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Year of Publication :2012
Notes :-
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :You have no permission to view this item.

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini bertujuan untuk meneroka amalan strategi pengajaran dan pembelajaran seni arca oleh guru Pendidikan Seni Visual peringkat menengah atas iaitu Tingkatan 4 dan 5. Dalam kajian ini, empat buah sekolah menengah di Daerah Saratok, Sarawak telah dipilih. Kajian ini mengenal pasti keberkesanan pengajaran dan pembelajaran strategi yang digunakan dalam mengajar arca. Turut dikaji dalam kajian ini ialah keselarasan pengajaran dan pembelajaran dengan kehendak kurikulum pendidikan di Malaysia, iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Kajian ini menggunakan kaedah kajian kes kualitatif. Data yang diperoleh adalah melalui pemerhatian terhadap pengajaran dan pembelajaran guru, temu bual terhadap guru, dan analisis terhadap arca yang dihasilkan oleh pelajar. Dengan berteraskan konsep dan prinsip strategi pengajaran dan pembelajaran serta rujukan teori dan model pengajaran dan pembelajaran, data dianalisis menggunakan model analisis interaktif Miles dan Huberman. Dapatan kajian menunjukkan beberapa kelemahan dan kepincangan dalam pengajaran dan pembelajaran arca. Beberapa unsur penting dalam elemen pedagogi tidak dipraktikkan sepenuhnya. Kesannya, situasi pembelajaran menjadi agak pasif dan penghasilan arca cenderung kepada gaya yang agak stereotaip. Walau bagaimanapun, kelemahan dan kepincangan tersebut bukanlah sesuatu yang amat menjejaskan. Melalui komitmen guru seni, bersama beberapa saranan dan tindakan untuk membaiki kelemahan yang ada, pastinya strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan akan dapat dicapai, selaras dengan objektif dan matlamat seni arca khasnya serta kurikulum PSV dalam KBSM amnya.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.