UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
|
Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk membangunkan bahan pembelajaran yang mempunyai ciri-ciri dan identiti tempatan. Pendekatan yang digunakan adalah melalui penerapan lagu-lagu tempatan dalam bahan yang dibangunkan khusus untuk ensembel rekoder bagi pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah. Dengan sistem latihan berpandukan buku kaedah pancaragam barat, melodi-melodi tempatan seperti lagu rakyat, lagu tradisional, dan lagu ciptaan penggiat muzik tempatan untuk kanak-kanak digunakan sepenuhnya menggantikan lagu-lagu barat yang sering dijadikan asas utama dalam pembelajaran bilik darjah di sekolah-sekolah di Malaysia. Produk yang dibangunkan dalam bentuk modul pembelajaran instrumental rekoder dalam bilik darjah kemudiannya diuji melalui temubual dan perbincangan dengan guru-guru muzik lain yang mempunyai pengalaman dalam bidang berkaitan |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |