UPSI Digital Repository (UDRep)

Pembinaan dan keberkesanan penggunaan Perisian Multimedia Elektrokimia dalam pengajaran dan pembelajaran Kimia Tingkatan 4

AVAILABLE Thesis 327 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Pembinaan dan keberkesanan penggunaan Perisian Multimedia Elektrokimia dalam pengajaran dan pembelajaran Kimia Tingkatan 4
Type
Thesis
Main Author
Hasnira Embong
Subject
QD Chemistry
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains dan Matematik
Year of publication
2005
Notes
-
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Dalam kajian ini, penyelidik telah membangunkan Perisian Multimedia Elektrokimia (PME) dan mengkaji keberkesanan PME sebagai bahan bantu belajar. PME direka bentuk selaras dengan kandungan sukatan mata pelajaran Kimia Tingkatan 4 dalam topik elektrokimia. Metodologi pembangunan PME dibuat berasaskan model reka bentuk Alessi dan Trollip (2001). Tutorial telah digunakan sebagai pendekatan pedagogi utama, selain latih tubi dan simulasi. Pembangunan PME dilakukan secara sistematik berasaskan teori-teori pembelajaran yang merangkumi teori behaviorisme, kognitif dan konstruktivisme. Perisian pengarangan Authorware 6.5 digunakan sebagai pelantar utama, manakala Macromedia Flash 5 digunakan untuk membina elemen-elemen animasi. Satu soal selidik telah dijalankan dalam kalangan guru-guru Kimia di sekolah-sekolah menengah daerah Batang Padang untuk menilai PME. Pada keseluruhannya, responden memberi penilaian yang positif terhadap isi kandungan, reka bentuk interaksi, reka bentuk persembahan dan reka bentuk informasi PME. Keberkesanan PME sebagai alat bantu belajar pula dikaji melalui kajian yang menggunakan reka bentuk eksperimen kuasi. Kajian ini dijalankan ke atas 60 orang pelajar Tingkatan 4 di sebuah sekolah daerah Batang Padang, Perak. Analisis ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam min skor pencapaian ujian pasca bagi topik elektrokimia antara kumpulan pelajar yang menggunakan PME dengan kumpulan yang menggunakan kaedah konvensional. Analisis korelasi Pearson dengan nilai r = 0.82 menunjukkan terdapat hubungan yang kuat dan signifikan antara minat menggunakan PME dengan skor pencapaian ujian pasca dalam kalangan pelajar dalam kumpulan eksperimen

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.