UPSI Digital Repository (UDRep)

Pelaksanaan kaedah Tutor Rakan Sebaya (TRS) dalam kalangan guru kimia di sekolah menengah harian Daerah Kluang dan Batu Pahat, Johor

AVAILABLE Thesis 459 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Pelaksanaan kaedah Tutor Rakan Sebaya (TRS) dalam kalangan guru kimia di sekolah menengah harian Daerah Kluang dan Batu Pahat, Johor
Type
Thesis
Main Author
Thong, Sheau Pyng
Subject
QD Chemistry
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains dan Matematik
Year of publication
2013
Notes
-
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pelaksanaan kaedah Tutor Rakan Sebaya (TRS) dalam pengajaran dan pembelajaran kimia di sekolah menengah harian. Kekangan dan faktor-faktor kekangan dalam pelaksanaan kaedah TRS serta hubungan antara pengalaman mengajar guru kimia dengan pelaksanaan kaedah TRS juga dikaji. Kajian ini melibatkan kesemua 87 guru kimia daripada 44 buah sekolah menengah harian di daerah Kluang dan Batu Pahat, negeri Johor. Kajian ini adalah berbentuk deskriptif, dengan menggunakan kaedah tinjauan melalui soal selidik. Data dianalisis secara statistik deskriptif dan inferens. Pengiraan kekerapan diubah dalam bentuk peratusan dan mod ditentukan. Analisis statistik inferens yang terlibat ialah ujian Khi Kuasa Dua dan korelasi Cramer's V. Hasil kajian menunjukkan pelaksanaan kaedah TRS dalam kalangan guru kimia di sekolah menengah harian daerah Kluang dan Batu Pahat, Johor adalah pada tahap sederhana. Kekangan semasa pelaksanaan kaedah TRS adalah daripada aspek masa. Faktor-faktor kekangan yang menyebabkan sebahagian responden tidak melaksanakan kaedah TRS dalam P&P kimia adalah faktor kekangan masa, sikap pelajar, pengurusan dan pengetahuan guru. Tidak terdapat hubungan antara pengalaman mengajar kimia responden dengan pelaksanaan kaedah TRS. Kajian ini menyumbang maklumat kepada pihak sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan KPM tentang tahap pelaksanaan kaedah TRS dan faktor-faktor kekangan yang merangkumi masa, sikap pelajar, pengurusan kaedah TRS dan pengetahuan guru dalam pelaksanaan kaedah TRS. Dengan itu, langkah-langkah yang sesuai boleh diambil bagi mengatasi kekangan tersebut. 

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.