UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
|
Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
Kajian ini bertujuan meneroka visualisasi mental pelajar Biologi apabila mereka diberi konsep abstrak osmosis. Objektif kajian ini adalah menghurai dan mengenal pasti perbezaan bentuk visualisasi mental serta proses penjanaan visualisasi mental pelajar terhadap konsep abstrak osmosis. Seramai sepuluh orang pelajar Biologi tingkatan empat telah dipilih dengan menggunakan persampelan stratifikasi bertujuan. Mereka dikategorikan kepada kumpulan yang berpencapaian tinggi dan rendah berdasarkan kepada pencapaian mata pelajaran Sains dan Biologi dalam ujian prestasi yang lalu. Instrumen untuk mengumpul data kajian ini adalah satu tugasan tentang konsep osmosis, protokol temu bual semi berstruktur dan jejak audit penyelidik. Data dianalisis secara kuantitatif dengan menggunakan peratusan dan secara kualitatif dengan membina kategori informasi. Pengkategorian ini diperoleh dengan menggunakan kaedah perbandingan konstan. Data ini seterusnya diinterpretasi dan dipersembahkan dalam bentuk deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar yang berpencapaian tinggi lebih cenderung untuk memiliki visualisasi mental secara pandangan menyeluruh manakala pelajar yang berpencapaian rendah pula lebih kepada visualisasi mental secara pembesaran imej. Lapan puluh peratus daripada pelajar yang berpencapaian rendah dikatakan mempunyai pemikiran yang aktif apabila memikirkan tentang konsep abstrak osmosis kerana memberi persepsi pewarnaan kepada visualisasi mental mereka. Selain daripada itu, pelajar menggunakan penapisan, perkaitan, pencarian sejarah dan pelbagai sebagai elemen visualisasi mental semasa memproses informasi bagi menjana visual. Secara keseluruhannya, hasil kajian mendapati bahawa kata kunci dalam definisi osmosis telah membantu mengingat dan mengembalikan semula visual konsep abstrak tersebut. Justeru itu, diharapkan hasil kajian ini dapat membantu para pendidik meningkatkan pencapaian pelajar yang berpencapaian rendah dalam mempelajari konsep abstrak sains |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |