UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :T Technology
Main Author :Sazliman Ismail
Title :Pembangunan dan pengajian eksperimen gerakan linear menggunakan penderia putaran dan sumber terbuka Python ke atas pelajar peringkat Universiti
Hits :62
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains dan Matematik
Year of Publication :2010
Notes :-
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :You have no permission to view this item.

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini bertujuan untuk mereka bentuk dan membangunkan satu eksperimen gerakan linear berasaskan komputer. Pengawal mikro Phoenix telah digunakan dalam kajian ini bersama dengan penderia putaran dan landasan. Proses pengawalan dan merakamkan data diuruskan oleh satu program sumber terbuka yang dikenali sebagai Python. Data yang dipungut diproses untuk menghasilkan graf jarak-masa dan halaju-masa pada paparan skrin komputer. Sistem yang dibangunkan diuji di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melibatkan 30 orang pelajar yang mengikuti kursus Instrumentasi pada peringkat sarjana muda. Data dipungut melalui borang soal selidik mengandungi item-item skala Likert yang direka bentuk bagi mengkaji persepsi pelajar terhadap objektif, isi kandungan, reka bentuk antaramuka dan reka bentuk interaksi sistem yang dibangunkan. Data kuantitatif dianalisis menggunakan perisian SPSS 17.0. Dapatan kajian menunjukkan responden memberi persepsi positif terhadap kesesuaian objektif (min = 4.39), isi kandungan (min = 4.35), reka bentuk antaramuka (min = 4.26) dan reka bentuk interaksi (min = 4.46). Oleh itu, pakej yang murah ini boleh digunakan dalam kerja amali dan kit demonstrasi untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Pakej ini berpotensi untuk digunakan di sekolah-sekolah seluruh Malaysia dan memperoleh keputusan yang lebih baik berbanding teknik yang digunakan pada masa kini
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.