UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering
Main Author :Rahani Wahid
Title :Kesan jenis fon terhadap kebolehbacaan paparan teks di laman web
Hits :64
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Year of Publication :2012
Notes :-
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :You have no permission to view this item.

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Membaca teks dari World Wide Web telah menjadi suatu kebiasaan kini. Ini dapat dilihat dari sudut perubahan kecenderungan pembaca yang lebih berminat terhadap bahan dari Internet berbanding media bercetak. Mengambil kira perkembangan ini, adalah penting bagi pereka bentuk instruksi berasaskan web memilih fon yang sesuai bagi meningkatkan tahap kebolehbacaan pelajar, terutamanya bagi blok teks yang panjang.Sehubungan itu, kajian ini adalah bertujuan untuk melihat kesan penggunaan fon serif dan sans serif kategori percetakan dan kategori paparan komputer dari sudut kebolehbacaan teks Bahasa Melayu di laman web. Bagi tujuan tersebut, empat fon telah dipilih iaitu Georgia (serif) dan Verdana (sans serif) bagi kumpulan responden pertama dan Times New Roman (serif) dan Arial (sans serif) bagi kumpulan responden kedua.Georgia dan Verdana adalah fon yang direka khusus untuk pembacaan teks pada paparan komputer manakala Times New Roman dan Arial adalah fon yang direka khusus untuk media bercetak. Ujian pembacaan pada skrin komputer telah dilakukan terhadap 48 orang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris. Secara keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan tidak wujud perbezaan yang signifikan terhadap kebolehbacaan teks fon serif dan sans serif kategori paparan komputer dan kategori percetakan.Namun begitu, berdasarkan min skor, fon kategori paparan komputer mempunyai kebolehbacaan yang baik berbanding fon kategori percetakan. Sehubungan itu, kajian ini mencadangkan fon Georgia dan Verdana sebagai pilihan terbaik bagi paparan teks Bahasa Melayu yang panjang serta mempunyai aras kesukaran yang tinggi untuk paparan di laman web. Namun, fon Times New Roman dan Arial tetap boleh digunakan sebagai pilihan alternatif walaupun fon-fon ini adalah dalam kategori fon media bercetak
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.