UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
|
Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
Tujuan kajian ini adalah untuk melihat kesan penggunaan screencast dengan narasi dan screencast tanpa narasi dalam meningkatkan prestasi pembelajaran. Bagi tujuan tersebut, sebanyak enam siri screencast yang mengandungi pengajaran penggunaan perisian animasi Flash telah dibangunkan dengan menggunakan perisian tangkapan skrin. Screencast yang dibangunkan telah dimuat naik ke saluran khas yang dicipta dalam laman perkongsian video YouTube. Kajian ini telah dijalankan dengan kaedah pembelajaran kendiri atas talian. Reka bentuk eksperimen menggunakan ujian pra dan ujian pos melibatkan dua kumpulan berbeza yang mempelajari dua strategi yang berlainan telah digunakan iaitu screencast dengan narasi dan screencast tanpa narasi. Data yang dikumpul telah dianalisis menggunakan ujian ANOVA satu hala. Hasil kajian menunjukkan screencast dengan narasi lebih berkesan berbanding screencast tanpa narasi dalam meningkatkan prestasi pembelajaran pelajar. Selain itu, screencast yang dimuat naik dan dikongsi secara atas talian berpotensi dalam mengurangkan masa pembelajaran. Keputusan kajian ini juga mendapati, screencast bernarasi boleh digunakan untuk pembelajaran kendiri yang cekap dan berkesan |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |