UPSI Digital Repository (UDRep)

Pelaksanaan Kurikulum Aliran Vokasional bagi mata pelajaran aplikasi Elektrik dan Elektronik di Sekolah Menengah Vokasional

AVAILABLE Thesis 305 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Pelaksanaan Kurikulum Aliran Vokasional bagi mata pelajaran aplikasi Elektrik dan Elektronik di Sekolah Menengah Vokasional
Type
Thesis
Main Author
Azhar Mat Akhir
Subject
LC Special aspects of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2011
Notes
-
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kurikulum Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV) telah dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2009. Kurikulum ini digubal untuk menggantikan kurikulum sekolah vokasional yang digunakan sejak tahun 1988. Kurikulum ini menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara modular serta pentaksiran berasaskan kompetensi. Aspek bahan kurikulum, kesediaan guru, kesediaan pelajar, kemudahan, dan sokongan dikenal pasti sebagai faktor yang mempengaruhi pelaksanaan sesuatu kurikulum.Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keupayaan aspek-aspek tersebut dalam melaksanakan kurikulum MPAV bagi kursus Elektrik dan Elektronik berdasarkan pandangan guru. Sebanyak 264 soal selidik diedarkan. Pemilihan sampel dalam kajian ini dilakukan secara rawak berkelompok berdasarkan empat zon pentadbiran BPTV iaitu Zon Utara, Tengah, Selatan, dan Timur. Sebanyak 210 responden digunakan untuk analisis data.Hasil kajian menunjukkan bahawa secara keseluruhannya, aspek-aspek yang dikaji mempunyai keupayaan dalam melaksanakan kurikulum ini. Namun begitu, terdapat tiga aspek yang perlu diberi perhatian serius iaitu komitmen pelajar dari segi pentaksiran, pemantauan, dan peranan Guru Cemerlang. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa rakan sejawat memainkan peranan penting dalam membantu rakan-rakan mereka untuk melaksanakan pengajaran.Kajian ini juga telah mengenal pasti perbezaan pandangan guru berdasarkan pengalaman mengajar terhadap aspek-aspek yang dikaji. Terdapat perbezaan yang signifikan dalam pandangan guru berdasarkan pengalaman mengajar terhadap bahan kurikulum yang dibekalkan dan kesediaan guru. Aspek-aspek lain didapati guru-guru tidak mempunyai perbezaan pandangan yang signifikan

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.