| 
               
              UPSI Digital Repository (UDRep)               
              
             | 
            
               | 
          
                        
  | 
                    
                        
  | 
                    ||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun | 
| Nilai-nilai murni ialah suatu amalan mulia yang merentasi individu, kekeluargaan, masyarakat dan 
kenegaraan. Ia merupakan nilai sejagat yang dituntut oleh agama, adat resam, dan kebudayaan. 
Penerapan nilai-nilai murni dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah perlu bagi meningkatkan 
disiplin di kalangan pelajar, seterusnya mendidik mereka  hidup bermasyarakat. Kajian ini dilakukan 
untuk melihat penerapan nilai-nilai murni dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni 
Visual. Kajian ini memfokuskan kepada pelajar Tingkatan Dua Sains Satu (2Scl) di Sekolah Menengah 
Kebangsaan Manek Urai, Kuala Krai, Kelantan. Seorang guru dan seorang pelajar dipilih untuk 
ditemubual. Kajian ini dijalankan untuk melihat Proses penerapan nilai-nilai murni, amalan-amalan 
nilai murni, keberkesanan dan juga keperluan nilai murni dalam Pendidikan Seni Visual. Kajian ini 
dilakukan dengan menggunakan pendekatan kualitatif dan menggunakan reka bentuk kajian kes. Data 
diperolehi dengan cara pemerhatian, dokumen,temu bual dan juga membuat rakaman visual bagi 
memudahkan pmerhatian semula. Data yang diperolehi dianalisis dengan membuat pengekodan dan 
pengkategorian. Daripada analisa yang dibuat didapati penerapan nilai-nilai murni  berlaku dalam 
proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Satu rumusan telah dibuat dan juga 
beberapa cadangan telah di kemukakan untuk kajian selanjutnya.
  | 
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.  |