UPSI Digital Repository (UDRep)

Kesantunan berbahasa dalam pantun berdasarkan antologi komsas dalam Bahasa Melayu Tingkatan 1 hingga tingkatan 5

AVAILABLE Thesis 376 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Kesantunan berbahasa dalam pantun berdasarkan antologi komsas dalam Bahasa Melayu Tingkatan 1 hingga tingkatan 5
Type
Thesis
Main Author
Fauziah Jali
Subject
PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2004
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian ini menghuraikan nilai sopan-santun yang tergambar melalui pantun Melayu. Pantun dipilih untuk melihat kesantunan berbahasa masyarakat Melayu kerana bahasa pantun yang “padat” dan “berhemat” . Kajian dilakukan terhadap 60 pantun Tingkatan 1 hingga 5 dalam lima antologi Komponen Sastera dalam bahasa Melayu; iaitu antologi Sehijau Warna Daun, Seuntai Kata untuk Dirasa, Anak Bumi Tercinta, Anak Laut, dan Kerusi. Kesantunan diperlihatkan menurut maksim atau konsep yang ditetapkan, iaitu maksim santun, kerendahan hati, kedermawanan, sokongan, simpati, persetujuan, budi, dan menjaga air muka. Kajian menggunakan kaedah penyelidikan perpustakaan dan penganalisisan data. Daripada 60 pantun, dapatan memaparkan 24 (40.0%) pantun merupakan maksim santun, 13 (21.7%) maksim simpati, 9 (15.0%) konsep budi, 5 (8.3%) konsep menjaga air muka, 3 (5.0%) maksim persetujuan, 3 (5.0%) maksim kerendahan hati, 2 (3.3%) maksim kedermawanan, dan satu (1.7%) maksim sokongan. Bab 1 memperkatakan pemyataan masalah, tujuan kajian, kepentingan kajian, kaedah kajian, batasan kajian, pengertian konsep, dan kesimpulan. Bab 2 memperlihatkan kajian terdahulu pengkaji tempatan dan pengkaji luar negara, seterusnya dipaparkan kajian yang dilakukan oleh pengkaji sendiri. Bab 3 memaparkan tentang metodologi, iaitu kaedah kajian, pengumpulan data, dan penganalisisan data. Bab 4 melaporkan dapatan yang diperolehi, manakala Bab 5 menyimpulkan keseluruhan kajian di samping memberi saranan untuk kajian seterusnya. Kesimpulannya, menjadi harapan pengkaji agar kajian ini mengembalikan tradisi kesantunan masyarakat Melayu, terutama terhadap pelajar sekolah.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.