UPSI Digital Repository (UDRep)

Perbelanjaan persekolahan dan hubungannya dengan prestasi pelajar (kajian kes sekolah menengah di Teluk Intan dan Ipoh)

AVAILABLE Thesis 450 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Perbelanjaan persekolahan dan hubungannya dengan prestasi pelajar (kajian kes sekolah menengah di Teluk Intan dan Ipoh)
Type
Thesis
Main Author
Muhammad Nizam Yaakub
Subject
LC Special aspects of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of publication
2006
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat hubungan antara perbelanjaan persekolahan oleh ibubapa dengan prestasi pelajar tingkatan empat di Sekolah Menengah. Kajian ini juga mengambil kira faktor-faktor lain yang mempengaruhi prestasi pelajar di Sekolah Menengah. Sampel untuk kajian ini adalah melibatkan 96 orang pelajar Tingkatan Empat dari Sekolah Menengah Khir Johari, Sg Sumun Perak dan juga Sekolah Menengah Anderson Ipoh. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini merupakan borang soal selidik yang boleh di kategorikan kepada perkara yang berkaitan dengan latar belakang pelajar, prestasi pelajar latar belakang ibu bapa dan juga berkaitan dengan perbelanjaan, persekolahan yang di tanggung oleh ibubapa. Data yang telah dikumpul oleh penyelidik di analisis dengan menggunakan perisian ' Statistical Package for Social Science (SPSS), version 11.0 for Windows'. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara perbelanjaan persekolahan pelajar dengan prestasi pelajar terutamanya melalui tuisyen. Terdapat juga faktor faktor lain yang mempengaruhi prestasi pelajar iaitu faktor pendidikan ibu bapa dan juga pendapatan keluarga yang didapati terdapat hubungan yang positif.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.