UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
|
Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengkaji ekspresi diri dalam lukisan kanak-kanak prasekolah iaitu dengan melihat faktor-faktor yang mendorong kepada pembentukan ekspresi diri kanak-kanak di samping turut mengkaji bentuk, makna dan simbol. Kajian ini turut melibatkan 15 orang responden yang terdiri daripada kanak-kanak prasekolah Tabika KEMAS, Kepala Batas. Menerusi kajian literatur yang dijalankan, penyelidik telah mengklasifikasikan faktor dalaman dan luaran yang dianggap turut mempengaruhi pembentukan ekspresi diri dalam lukisan kanak-kanak prasekolah. Faktor dalaman seperti minat, kreativiti, emosi, latar belakang dan pengalaman manakala faktor luaran pula terdiri daripada aspek persekitaran, kemudahan asas bilik darjah, proses pengajaran dan pembelajaran,guru dan bahan. Pada keseluruhan kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif menerusi kaedah kajian kes iaitu dengan menggunakan teknik pemerhatian dan temubual. Penyelidik juga turut menggunakan kaedah tinjauan melalui set soal selidik bagi mendapat maklumat mengenai latar belakang dan persekitaran tempat tinggal responden. Analisis data secara interpretasi diskriptif digunakan dalam kajian ini bagi menjelaskan seberapa tepat yang mungkin tentang apa yang dikaji serta menstukturkan semula data dalam bentuk realiti yang mudah difahami oleh pembaca. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perkaitan antara kedua-dua faktor ini dengan pembentukan ekpresi diri seseorang kanak-kanak, manakala bentuk yang dihasilkan dalam lukisan dapat memberi makna yang pelbagai berdasarkan pemahaman penghayat itu sendiri. Hasil kajian menunjukkan bahawa simbol yang lazim digunakan oleh kanak-kanak prasekolah adalah berasaskan objek yang berada di sekeliling mereka. Implikasi daripada kajian mendapati bahawa kanak-kanak diperingkat prasekolah seharusnya di beri kebebasan selain daripada sokongan, motivasi dan sebagainya bagi meransangkan kreativiti ekpresi mereka dalam menghasilkan karya. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |