UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
|
Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
Kajian ini adalah bertujuan bagi menganalisis perubahan dasar bahasa di Malaysia sejak merdeka hingga sekarang (2003). Kajian ini mengandungi permasalahan pembentukan satu dasar bahasa kebangsaan dalarn sistem pendidikan negara. Perbincangan seterusnya adalah mengenai pelaksanaan laporan pelajaran, kekangan serta penentangan yang diterimanya. Perbincangan dibahagikan kepada empat bahagian iaitu: (1) dasar bahasa sebelum merdeka, (2) dasar bahasa selepas berkerajaan sendiri, (3) dasar dan pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, dan (4) dasar dan pelaksanaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Objektif kajian ini adalah bagi melihat kesan perubahan dasar bahasa ke atas perkembangan dan kedudukan bahasa Melayu. Ia juga bagi meninjau keperluan perubahan dasar bahasa selaras dengan perkembangan negara. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |