UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :N Fine Arts
Main Author :Suraya Hani Zakaria
Title :Pengajaran asas seni reka dalam PSV peringkat menengah rendah di SMK Lurah Bilut, Bentong, Pahang: satu kajian kes
Hits :100
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Muzik dan Seni Persembahan
Year of Publication :2006
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :You have no permission to view this item.

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Ini adalah kajian kes mengenai Pelajaran Pendidikan Seni Visual peringkat Menengah Rendah di sebuah sekolah daerah Bentong, Pahang. Secara khususnya kajian ini mengkaji secara deskriptif bagaimana empat orang guru tingkatan satu dan dua menangani pengajaran Pendidikan Seni, KBSM. Tumpuan diberikan kepada latar belakang guru dan amalan pengajaran asas seni reka di dalam bilik darjah. Data mengenai latar belakang guru didapati dari temubual dengan guru berkenaan. Sementara itu, pemerhatian secara langsung dijalankan ke atas amalan pengajaran dalam bilik darjah. Di samping empat subjek yang dikaji, pengkaji juga menemubual pihak pentadbiran dan pengurusan seperti pengetua, guru penolong kanan satu dan dua, ketua panitia Pendidikan Seni Visual dan guru perpustakaan. Selain itu pengkaji juga memeriksa dokumen-dokumen sekolah. Dapatan-dapatan utama kajian ini menunjukkan Pertama: tiga dari empat orang guru Pendidikan Seni Visual di sekolah ini tidak mendapat latihan asas yang mencukupi bagi mengajar Pendidikan Seni Visual. Kedua: amalan pengajaran keempat-empat subjek yang dikaji tidak selaras dengan basrat program Pendidikan Seni Visual khususnya dalam memberi peluang kepada pelajar memupuk minat, memperkembang bakat dan memupuk daya kekreatifan. Ketiga: tidak ada bilik khas yang sesuai bagi pengajaran Pendidikan Seni Visual. Pengajaran dalam bilik darjah mempunyai suasana yang kurang memberangsangkan. Keempat: banya terdapat alat dan bahan seni yang asas sahaja untuk sesi pembelajaran pelajar. Kelima: pengetua menganggap mata pelajaran Pendidikan Seni Visual tidak penting kerana tidak diuji dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR).
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.