UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Zuhaila Ismail
Title :Kesan pembelajaran yang menyeronokkan terhadap kesediaan belajar dalam kalangan kanak-kanak prasekolah (IR)
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2015
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tentang pembelajaran yang menyeronokkan dalam konteks prasekolah, aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan dan kesannya kepada kesediaan belajar dalam kalangan kanak-kanak di sebuah prasekolah. Reka bentuk kajian ini adalah merupakan kajian kes satu tempat dan pelbagai kes. Seorang guru, seorang pembantu pengurusan murid dan 25 orang murid dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Data kajian ini diperoleh secara kualitatif iaitu menggunakan teknik temu bual, pemerhatian berstruktur dan analisis dokumen. Keseluruhan data ini dianalisis secara manual oleh penyelidik dan tema yang dikeluarkan disemak dan disahkan oleh penyelia utama. Dapatan kajian mendapati bahawa pendekatan melalui bermain merupakan pendekatan utama dalam mewujudkan pembelajaran yang menyeronokkan di prasekolah. Selain itu, proses set induksi yang menarik seperti permainan magic, penggunaan BBM yang menarik, rangsangan motivasi dan peranan guru itu sendiri serta rakan sebaya dalam sesuatu aktiviti dapat juga mewujudkan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan di kelas prasekolah. Kesimpulannya, belajar melalui bermain telah berjaya mewujudkan proses pembelajaran kanak-kanak yang lebih menggembirakan dan bermakna serta dapat membantu mewujudkan perubahan sikap supaya sentiasa bersedia untuk belajar dalam kalangan kanak-kanak di kelas prasekolah. Keputusan menunjukkan pembelajaran yang menyeronokkan di dalam kelas prasekolah dalam mewujudkan kesediaan belajar kanak-kanak adalah saling berhubung di antara empat elemen iaitu kefahaman guru, pelaksanaan aktiviti, penggunaan bahan dan sifat peribadi guru dalam memperkukuhkan pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan di kelas prasekolah. Kefahaman guru tentang pembelajaran yang menyeronokkan dapat memberi impak terhadap kesediaan murid untuk belajar di dalam kelas prasekolah selari dengan kehendak Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.